Friday, June 18

Cuti 3 hari

Kan hari tu saya cuti 3 hari kan?


Sebenarnya niat di hati ialah ingin mencuba nasib menjadi SAHM bertaraf sementara. Apakan daya En Abah ada kerja. So, jadi SAHM separuh masa aje lah. Sebab separuh masa nya lagi diserahkan kepada MIL, SIL dan anak-anak buah. Hahaha.


Hari Isnin tu lepas En Abah dah settle kerja dia, bawak pulak budak-budak ni semua ke Ulu Bendul (lagi???). Haih dah tempatnya dekat bebeno dengan rumah MIL, so asyik ke situ aje lah kan. 


Masa nak keluar tu saya dah perasan langit mendung semacam je. SIL pun siap kata kat En Abah, macam nak hujan je ni. Tapi En Abah ajak redah jugak. Mungkin kat Ulu Bendul tak hujan kot, kata En Abah lah.


Sampai sana, budak-budak mandi tak sampai 15 minit. Unggun api En Abah pun belum stabil lagik. Tup-tup, hujan daaaa. Nasib baik la sempat berlari ke kereta. Budak-budak tak menyempat apa-apa terus masuk kereta dengan baju dan badan basah-basah tu. Hiiiiii... saya tengok diorang pun saya rasa sejukkkk.


Inilah perkelahan singkat namanya. Haha.


Hari Selasa En Abah ajak gi Zoo Melaka. Ye, bab berjalan-jalan ni En Abah memang no 1. Saya tak berapa gemor sangat especially bila RM nya seciput. Kalau RM ada banyak banyak banyak takpe. Sebab saya boleh shopping. Kecuali kalau ke shopping mall. Hahaha. 


Plan asal cuma bawa adik ipar dan budak-budak je. Tapi tetiba MIL dengan PIL pun ikut sekali. Wah. Meriah pulak rasa.


Nasib baik masa sampai sana orang tak ramai lagi. Semangat weh nak ke zoo. Pukul 9 pagi dah sampai. Hihi. Tiket dewasa ialah RM7. Kanak-kanak 5 tahun ke atas RM4.


Since MIL sakit lutut, kitorang suggest dia naik tram tu. Tapi dia takmo. Nak ikut kitorang sekali. Terkejut gak. Ye lah. Berjalan dalam zoo bukannya dekat kan. Tapi dia nak join sekali cucu-cucunya berjalan. So ikutkan ajelah.


Dulu masa pi Zoo Melaka ni kitorang memang naik tram je pun. Kejap je dah balik dah. Pastu macam tak puas sebab tak dapat tengok semua binatang kan. Tu yang En Abah ajak jalan kaki tu.


Dan kali ni jugak merasa naik kuda. Hahaha. Tak plan pun nak naik kuda. Tapi Imran nak naik. Bagi la dia naik dengan sepupu dia yang darjah 5 tu. Lepas tu, Irma dah nampak abang dia naik kuda, dia pun nak naik sama. Ah sudah. Siapa pulak nak bawak. En Abah takmo. So, nak tak nak saya la yang kena naik. Saya tak takut, tapi tak sampai hati. Sebab dulu masa pi Fraser Hill naik kuda, kesian sangat kuda tu kena bawak 'barang berat' ni. Slowwwww je dia jalan. Haha.


So kali ni macam kesian la, kang kuda ni tak larat nak bawak aku. Huhu. Tapi, takde pilihan. Irma dah merengek-rengek nak naik. Nak tak nak saya naik lah jugak dengan dia. Sekali naik RM4 (dewasa + kanak-kanak). Kalau naik sorang-sorang dewasa RM3. Kanak-kanak RM2.


Hooo kuda ni kuda muda kot. Gagah perkasa lagi. Laju je dia jalan. Nasib baik. Hahahaha.


Masa nak dekat sampai pintu keluar ada pertunjukan gajah. Tapi kitorang terlambat. Masa kitorang sampai elephant show tu baruuuu je habis. Cis sungguh. Tapi merasa la pegang belalai gajah. Uhhh... kasar dan berbulu rupanya kulit gajah ni. Hihi.


Oh ye masa kitorang sampai kat harimau, ada satu harimau ni macam moody je. Saya rasa sebab harimau lain (kat kandang lain) tengah makan. Tapi dia tak dapat lagi. Agaknya dia terbau daging kot. tu yang moody je tu. Siap nak try lompat kolam yang memisahkan pelawat dengan dia. Takut sehhh. Memang macam nak terkam sungguh la. Saya siap menjerit lagi. Haha. Pastu malu sendiri bila orang lain pandang. Pehal minah ni saiko ke hape? Hahaha.


Balik dari zoo singgah pulak kat Alor Gajah (kot). Ada satu gerai air kelapa. Saya tak sure la nama tempatnya tapi sebelah Caltex. Tepi jalan je gerai tu. Oh air kelapa dia sangat special okeh. Isi kelapa tu dia blend dengan air kelapa dan vanilla ice cream. Sangat heaven y'all! 


Harganya??? Jeng jeng jeng.... RM1.50 je!!!! Agaknya kalau kat KL kalau jual RM5 pun orang sanggup beli. Sebab sangatlah best. Dah lah masa tu tengah panas terik. Meja memang penuh la. Oh kalau nak yang special, dia akan tambah lagi satu scoop ice cream kat atas tu. Pergh! Harga yang special RM2.00. Murah gila kan?


Alahai tapi ZZ ni bebel je lebih tapi gambar habuk pun tarak. 


Nak buat macamana, bateri dengan charger kamera pun belum beli lagi. Korang gunakan imaginasi sendiri ajelah macamana rupa air kelapa spesel tu ye. Hihi.


8 comments:

Nieza Ishak said...

air kelapa blended ni kalo kami pi Melaka WAJIB singgah. siap tapau sorang 2bekas ... hahahah

heaven beb ....

Unknown said...

fuh memang heaven gila kan! next time kalo ke melaka lagi memang ni kena jadi acara wajib lah.

tapi... en abah tak ingat gerai tu kat mana. boleh? huhu. saya laaaagi la tak ingat. haha.

FAM said...

kt melaka mmg byk kut mcm tu sbb saya penah beli jgk. dia panggil nyor blended. mmg sedap sangat.

Unknown said...

oh memang ada banyak ek? ingatkan kat alor gajah (kot) tu je. hehe. hmmm terasa-rasa nyor blended tu kat tekak sekarang ni. eheh. kalah orang mengidam pulak.

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

huhuhuhu...cepat la beli chargerrrrr!

Unknown said...

LV,
Hehehehehe. Kena tunggu kelulusan bajet dari Mr President dulu (wahhh truss tukar status jadi Mr President tau. koserr) :D

arin said...

mmg gerai coconut shake nih mampu menjadikan klebang besar jem. tapi memang best air dia.dari dulu sampai skrg.tak try nasi lemak dia?pon best.

-arin , org klebang besar melaka -

p/s: selalu baca kali ni mau tinggal jejak. :)

Unknown said...

arin,
kitorang makan nasi lemak sorang dua bungkus. muahahaha. memang sedap sambal dia. orang kata mihun dia pon sedap ek?

orang klebang besar ke? untung laaa boleh selalu minum coconut shake tu!!! jeles!!!!! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!