Sedang dalam misi mencari charger untuk camera kami yang dah selamat jadi discontinue product tu. Ekeke.
Dulu pernah la ikut En Abah ke Lo.w Ya.t untuk cari charger ni. Tapi kata orang tu, Ni.kon tak jual charger separately. Maka aku dengan lurusnya terima aje lah apa yang dia cakap. Dia kata ada charger klon punya. Harga boleh tahan RM70 okeh. Disebabkan masa tu desperate nak guna kamera maka beli lah jugak charger cap ayam tu.
Kitorang siap beli bateri baru lagi sebab bateri lama dah dirosakkan oleh charger yang dah rosak tu. Harga bateri RM150. Fuh. Berpeluh masa bayar tu weh!
Balik rumah dengan excitednya charge bateri baru guna charger baru. Tapi alangkah sedihnya. Dek kerana charger cap ayam, maka rosaklah both bateri dan charger baru tu. Huhuhu. Jumlah kerugian adalah RM220. *Nanges*
Tadi aku tanya En Google, rupanya ada je jual charger original. Harga RM98 je. Tak jauh beza pun dari yang cap ayam. Arghh tensi tensi. Sangat tensi sebab percaya sangat dengan peniaga bengong yang tipu aku dan En Abah.
Dan sangat tensi jugak dengan diri sendiri sebab senang benor tertipu. Oh dan bangangnya la aku sebab pi Lo.w Ya.t tanpa membuat research kat Google. Kalau tak, takde la terlebur RM220 tu. Boleh beli stok susu setengah bulan untuk anak-anak aku tau!
Kesimpulannya, sekarang info sudah di hujung jari. Sila jangan malas mencari maklumat!
4 comments:
sy pulak rajin google cari info. tp dh jumpa, malas pulak nak ke tmpt2 tu utk beli/buat ke apa. huhuhuhu
haá la.. pasni kena lah cari info dulu... thanks..
FAM,
ahaha. takpe. boleh online shopping je :)
kakyong,
betul3. beringat sebelum kena. jangan jadi macam saya ni ha. huhu.
aku rajin gugel je.. belinya idak.. wakaka... lain plak kes!
Post a Comment