Sedih saya baca berita kemalangan ini. KESEMUA anak-anaknya meninggal. Sayu hati si bapa melihat jenazah seluruh ahli keluarganya.
Apa yang saya faham semasa baca suratkhabar tadi, kemalangan berlaku disebabkan si ibu bertembung dengan kereta di hadapan ketika cuba memotong sebuah lori. Kalau saya salah tolong betulkan saya ye.
Sedih.
Gara-gara nak potong lori, jadi kemalangan ngeri. Untuk peringatan diri sendiri, jangan sesekali potong kenderaan depan. Kalau kat highway tu lain cerita lah. Maksud saya semasa memandu di kawasan kampung, atau di jalan yang dua hala tu (alahai tak jumpa pulak perkataan yang sesuai). Paham ke tak apa yang saya maksudkan ni? Paham-paham aje lah ye.
Tapi, kadang-kadang tu, orang lain yang buat salah, orang lain yang jadi mangsa. Bila kes macam ni, memang rasa tak patut ah. Agak-agaknya apa perasaan orang yang bersalah tapi selamat tu ye? Tak rasa bersalah seumur hidup ke? Huhu.
Apa-apa pun, pandulah dengan cermat. Ingatlah yang tersayang. Kalau kita dah tak ada, suami mungkin boleh cari bini baru. Tapi takkan kita nak bagi anak-anak kita mak baru pulak kan? Kalau dapat yang baik tu takpelah jugak. Kalau dapat yang jenis garang semacam tu, tak ke kesian anak-anak kita nanti.
Oh ya lagi satu kes pasal budak yang meninggal sebab lemas terperangkap dalam van tu. Kesian sangat.
Kepada pengusaha van/bas sekolah, sebelum anda tinggalkan van/bas anda, tolong pastikan tak ada budak tertinggal dalam kenderaan. Jangan terus-terus je matikan enjin, kunci kenderaan. Yelah pagi-pagi nak ke sekolah, normallah ada budak mengantuk tertidur kan. Pulak tu budak yang tertidur tu baru tadika. Kawan-kawan dia yang lain tak berani nak kejutkan agaknya. So, sepatutnya si pembawa kenderaan ni harus jadikan amalan memeriksa bahagian dalam kenderaan sebagai rutin. Betul tak?
Kesian budak tu.
Apa-apa pun, berhati-hati di jalan raya!
2 comments:
Mmg sedih bila tiap kali baca kisah kemalangan..biasanya yg tak bersalah menjadi mangsa..kadang kita dah habis hati2 tapi atas kesilapan org, boleh berlaku jugak..
budak lemas dlm van pun dah byk kejadian dengar..jika kecuaian melibatkan nyawa, mesti akan menyesal seumur hidup..moga tak terjadi pada kita...Amin.
ttm,
minta dijauhkan dari kita lah berlaku benda-benda gini. takut!
Post a Comment