Tuesday, June 8

Makin Susut

baki cuti tahunan saya.


Minggu depan saya akan bercuti selama tiga hari. Bukannya cuti suka-suka (walaupun suka la jugak :P) tapi cuti sebab jaga anak-anak. Hehe.


Mak ayah saya akan honeymoon bercuti ke luar negara. Ikut rombongan sekolah mak saya. Makcik pakcik saya pun ikut jugak. Rajin betul sekolah mak saya ni anjurkan rombongan untuk cikgu-cikgu. Tahun lepas masa kitorang gi Sabah tu pun under rombongan Cik Kiah cikgu-cikgu nilah. Ikut pakej ramai-ramai, so murahlah sikit.


So, atuk takde, maka mama dan aunties lah yang kena bergilir-gilir ambil cuti jaga Imran dan Irma.


Ahad depan (20hb), Insyaallah kalau takde aral saya sekeluarga ke Kluang pulak. Ada kenduri kahwin officemate. Biasalah musim cuti sekolah kan adalah bersamaan dengan musim kahwin.


Kalau balik Ahad tu jugak, rasanya macam jem je. En Abah suruh saya ambik cuti Isnin tu. Mungkin kitorang akan tidur la kat memana hotel kat Kluang. Tak sure lagi. Even kalau balik hari pun, Isnin tu boleh la rehat-rehatkan badan ke kan. Eceh. Memacam la alasan ko Zety oi!


Ini bermakna baki cuti tahunan saya tinggal seciput saja. Nak kena simpan cuti untuk November ni lagi. Huhu. Raya nanti takleh la amik cuti lama-lama.


Ceh. Puasa pun belum habis ganti. Ada hati nak cerita pasal cuti raya!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!