Friday, June 4

Sampai Termimpi-mimpi

Sekarang ni En Abah ajar tusyen untuk budak-budak darjah 4 hingga 6. Oh bukan kat rumah. Kat pusat tusyen. 


Kelasnya setiap Khamis dan Jumaat.


Malam tadi En Abah mengajar seperti biasa. Balik rumah, lepas makan dan rehat-rehat kejap, terus naik bilik. Tidur.


Sebelum saya tidur, saya kejut dia. Suruh tukar baju. Tetiba ini yang dia jawab,

"The car is eating."


Huh? Apakah? Hahahahahahahaha.


Saya tanya balik,

"The car is eating what?"


"Ice-skating." Hahahahaha. Mende ice-skating pulak tetiba kan.


"Abang ni sedar ke tak nih?"


"Sedar la.... zzzzz...." Ceh. Sedarlah sangat kan. 


Punya lah berdedikasi nak mengajar budak. Sampai termimpi-mimpi. Hahaha.


6 comments:

me_czar said...

Yen, yen... memang kelakar. Hahahaah

Unknown said...

whoa cepatnya baca! rasa macam baru je publish. hehehe.

memang lawak gila malam tadi. sampai keluar2 air mata gelak sesorang.

m-i-o said...

the car is eating ice-skating?

hahahahaha.

tak agak2. ajar budak speaking london aje :P

Unknown said...

mio,
hahaha. itulah ayat yang buat mak kompius tuh.

TopsyTurvyMum said...

maknanya..

the car is eating ice-skating??

ngigau nak speaking london jerr...jawo tak nak..haha

Unknown said...

ttm,
macamana dia nak skipping jawo, cakap pun tak reti (walaupun ada darah jawa sikit2). cakap nogori boleh la kot?

hahaha. tetiba imejin En Abah ngigau dalam bahasa nogori. harus kena gelak setahun tak habis kot. haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!