Thursday, June 3

Meh Sini Saya Nak Cerita Sikit...

Kisah orang lain yang tercoret kat blog Anasfadilah membuatkan saya teringat kisah saya dulu.


Bukan, bukan. Bukan kisah sedih seperti di entri beliau. Tapi sedikit pengalaman yang saya kira cukup mengerikan bagi saya.


Tahun 2005, lepas habis belajar, sementara nak cari kerja tetap, (banyaknya koma) saya tolong makcik saya kerja di petrol pump. Jadi cashier, merangkap akauntan tak bertauliah. Haha. 


Saya kerja pukul 9 pagi - 5 petang. Petrol pump ni dekat je dengan kampung saya. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun. So, breakfast and lunch were provided by my aunt. Penjimatan hebat di situ.


Upah? RM4 sejam. Serta diskaun kalau nak beli apa-apa makanan atau minuman dalam kedai tu. Sebulan dapat dalam RM500 - RM700, bergantung kepada berapa lama saya kerja dan berapa banyak hutang saya membeli macam-macam jajan dalam kedai tu. Ekeke. 


So, it was Friday. Semua orang lelaki dah pi sembahyang Jumaat, kecuali apek-apek mekanik kat bengkel. Bengkel pulak dipisahkan dengan pintu yang sentiasa tertutup, unless si apek-apek tadi masuk untuk beli air sparkling ribena. Macam wine katanya.


Yang jaga stesyen ialah saya dan Mak Ngah saya. Mak Ngah tengah sibuk kira duit kat meja sebelah kaunter. Saya pulak melepek kat kaunter, kebosanan melayan karenah pemandu teksi yang macam-macam ragam. Ada yang baik, ada yang suka curi chewing gum kat kaunter kalau kita tak perhati, ada yang sukaaaaa sangat suruh kita swipe kad real reward banyak-banyak kali (masa tu swipe secara manual je). Dan macam-macam peel lagilah.


Area petrol pump tu memang area 1Malaysia lah. Semua bangsa ada. Ada sorang macha ni datang kat kaunter luar, siap duduk atas motor dan berhelmet. Ala-ala kaunter drive-thru dibuatnya. Nak beli paper Kosmo katanya. Mak Ngah saya suruh dia masuk. Amik sendiri. Kitorang memang tak kunci pintu kedai, kecuali kalau tutup petrol pump lah. Kiranya, amalkan pintu terbuka lah kot.


Macha ni pun masuklah. Amik paper. Helmet tak bukak. Masa nak bayar, tetiba je dia serang Mak Ngah dan saya. Dia pergi belakang kaunter. Dia suruh saya buka cash register. Cuak okeh!


Saya panik. Masa tu yang saya tau saya mesti selamatkan duit dan Mak Ngah saya. Terus la saya capai parang kat tepi kaunter (yang memang disimpan siap-siap kat situ kalau-kalau ada emergency). Siap buat aksi Star Wars okeh.


Bila macha tu nampak je saya keluarkan parang, dia pun selak baju. Ayoyo! Dalam baju dia ada parang jugak okeh! Tajam bersinar-sinar lagi. Unlike mine. Sudahlah tumpul, berkarat pula. Dia keluarkan parang tu, try nak libas saya. Saya tahan dengan parang tumpul saya. Nasib baik. Tapi dia rampas pulak parang saya.


Saya cuma hadang muka dengan tangan. Syukur dia tak teruskan aksi memarang orang. Dia terus bukak cash register, amik segala duit yang sempat dia amik. Lepas tu, dia blah, pi kat Mak Ngah saya. Dia tolak Mak Ngah, then dia pijak perut Mak Ngah saya. Dia hunus parang kat leher Mak Ngah. Argh!!!! Saya sangat panik masa tu. 


Dan lagi sekali syukur sebab dia takat hunus je. Kalau dia tikam???? 


Lepas tu terus dia blah.


Saya terus pi bengkel, jerit minta tolong. Apek-apek tu keluar nak kejar tapi macha tu dah hilang. Saya tak sempat amik no plet motor dia. Yang saya ingat, kapcai kaler hitam. Model apa semua tak masuk dalam kepala saya dah. Masa tu saya menangis panik.


Saya pi kat Mak Ngah. Syukur Mak Ngah tak apa-apa. Cuma senak perut sikit katanya. ye lah kena pijak kan. Gila ah!


Berapa kerugian kami? Tak sampai RM10. Sebab dalam cash register tu cuma ada sikit duit je. Duit kecik lak tu. Duit besar-besar memang saya simpan kat tempat lain. Kat mana? Rahsia laaa. Kang ada pulak perompak in the making yang baca blog saya ni, haru.


Malam tu, saya kena marah dengan Pak Long sebab memandai keluarkan parang. Lain kali biarkan aje dia amik duit tu, bebel Pak Long. Huhuhu. Memang itu yang sepatutnya kan? Nyawa lagi penting dari duit. Tapi, kalau dah namanya panik, tak tercapai akalku pasal benda-benda tu semua. Pengajaran buat saya. Jangan panik. Jangan panik. Calm down and be rational.


Lepas tu baru la sibuk nak pasang CCTV. Pastu pintu berkunci masa waktu-waktu tertentu. Tapi tak tahulah sekarang macam mana. Mungkin lebih sistematik kot.


Sebenarnya banyak lagi kes kecurian kat petrol pump tu. Lagi haru kalau duit 'hilang' secara kita tak sedar. Orang mintak tukar duit tapi nilainya tak sama pun ada. Tak cerita lagi pasal kes pukau la apa la. Macam-macam. 


Heeee.... ngeri bila teringat balik. Nasib baik la saya tak kena libas dengan parang. Kalau tak, tak sempat kenal blog tu apa entah apa jadi agaknya dengan saya hari ni. Entah hidup, entahkan mati, kan. Syukur Allah masih beri peluang kepada saya. Alhamdulillah.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!