Friday, June 25

Weekend @ Kluang: Edisi Bergambar

Semalam gambar kat Kluang main google je kan. Hari ni meh nak letak gambar yang betul punya. Again, gambar-gambar ni diculik dari FB officemate dan diedit semula :)


Breakfast di Kluang Rail Coffee


Sila perhatikan gelas kopi saya yang pekat lagi mantap itu. Pergh!


Mintak maap le kalau sakit mata tengok muka mak budak yang mekap-less itu. Muka je sengih-sengih, dalam hati dok risau pasal kereta yang dah kong bateri nya tu.


Kekenyangan


Sila perhatikan pula betapa banyaknya bungkusan nasi lemak dan mihun goreng yang berjaya dilamtak. Muahaha. Dan tengok muka Irma yang comot selepas makan telur ayam kampung separuh masak milik En Abah. Melepas En Abah nak makan telur ayam kampung. Hehe.


Crime scene


Perasan tak kat belah kiri gambar ada anak panah? Itu ialah Puan ZZ tengah membelek kopi. Dok pikir nak rembat yang mana satu. Ada yang 300 gram, ada yang 500 gram, ada yang uncang.


Mak-mak dara bersama anak dara yang bakal tak dara :P


Imran malu-malu berdiri sebelah pengantin. Irma masa ni dengan En Abah. Tengah tido.


Menyibuk je time pengantin nak makan. Dah kelaparan dah pengantin tu. Hehehe.


Itu aje lah gambar yang ada. Menumpang kasih kamera orang lain.


Hm. Minggu ni korang ada jemputan kenduri kahwin lagi tak?


Selamat berhujung minggu!



2 comments:

knv said...

zety,
la ni memang berat sgt akak nak load blog hang ni. tak tau apsal.

potong stim taw! :P

sila betulkan apa2 yang patut. hihihihihi

Unknown said...

alamak ye ke kak? baiklah akan cuba digodek2 selepas ini. thanks sebab bagitau! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!