Monday, June 28

Bantulah Aku

Apakah aku ada berbuat salah, atau dia yang entah kenapa tiba-tiba saja berubah sikap?


Kalau aku yang salah, berterus-teranglah. Supaya dapat aku perbetulkan salah aku. Kalau kau berterusan mendiamkan diri begini, tapi bercerita pula dengan yang lain, apa guna aku anggap kau sebagai kawan.


Kawan, aku hanya manusia biasa. Kadang-kadang aku berbuat salah tanpa aku sedari. Maafkan aku kalau hati kau terluka atas apa jua sebab yang datangnya dari aku. Kalau kau ada masalah, aku sentiasa ada di sini, sudi untuk membantu mana yang mampu. Atau sekurang-kurangnya meringankan beban di bahu kau.

Tapi, kalau kau terus-terusan begini, aku pula akan terus-terusan buntu, dan satu tanda tanya besar akan bermain di fikiran aku.


Mode confuse,
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!