Serasa macam sangat lama tak bersiaran. Hehe. Hari ni entri adalah pendek-pendek, maka ditulis dalam bentuk bernombor.
- Minggu lepas PC saya rosak. Kena tukar onboard battery katanya. Maka saya menumpanglah PC meja lain.
- Hari ni PC sudah ok. Terima kasih lah pada orang bahagian sistem sebab buat kerja dengan pantas dan tuntas :)
- Hmm. Perancangan Jumaat lepas dah hanyut ke laut sudahnya. Ekekeke. Cuba jugak mengadap buku. Tapi tiapkali selak page 1, dan dan mata mengantuk bagai nak rak. Oh my. Sudahnya saya ke mana, buku tah ke mana.
- Hari Ahad ada kursus pulak. 30hb ni Insyaallah saya akan attend lagi satu kursus. Sekali-sekala pergi kursus-kursus motivasi ni rasa best pulak kan.
- Saya sangat mengantuk hari ni, saya tak tahu kenapa.
- Tadi telefon En Abah, katanya kereta kena tarik. Pastu terus letak telefon. Saya adalah panik. Haku tak bayar duit kereta ke???
- Baca status En Abah kat FB. Rupa-rupanya kereta kena tarik dengan tow truck sebab rosak tersadai tepi jalan daa. Haih En Abah ni buat panik je tau.
- Oh ye. Saya sudah dapat beg senget (tapi tak senget pun!) Cik Fid kita Jumaat lepas. Sudah selamat dijadikan diaper bag semasa balik ke Seremban Sabtu lepas. Marvellous! MIL siap puji beg cantik! Terima kasih ye Fid!
- Saya teringin nak makan durian IOI sampai pening. Muahahaha.
- Tak lama lagi Insyaallah dalam office saya akan ada beberapa orang yang bergelar 'new mommy'! Rasa seronok untuk diorang. And tak pasal-pasal rasa 'berkobar-kobar' pulak. Apakah maksud?? :P
Cukuplah sepuluh dulu. Kot angin membebel datang lagi karang, tunggu aje lah ye :)
2 comments:
hehehehehheee
x senget ya yey!
jempot singgah..
ttglkn jejak.
http://sayunk.blogspot.com/
Post a Comment