Thursday, August 12

1st Ramadhan @ Bazaar Seksyen 18

Alhamdulillah. Berlalu sudah hari pertama berpuasa.


Semalam tepat pukul 4.30 petang saya dah punch card. Hehe. Memula ingat nak terus balik rumah. Tapi tergerak pula hati nak menjenguk En Abah. As I mentioned before, En Abah buka gerai minuman kat bazaar Ramadhan Seksyen 18. 


So, ke Seksyen 18 lah saya.


Gerai En Abah sebelah dengan gerai mee rebus. Sebelah lagi saya tak sure dia jual apa, tapi rasanya gerai tu jual macam-macam jenis cucur kot.


Masa memula sampai tu, bila tengok meja tempat En Abah letak air, dah terdetik kat hati saya, 'eh meja ni semacam je'. So saya bagitau la En Abah. Tapi mungkin masa tu En Abah busy, dia tak dengar kot apa yang saya cakap.


Tak lama lepas tu, bedebush! Meja runtuh daa... Habis air soya satu balang. Huhu. Alhamdulillah lagi 5 balang tu tak apa-apa. Air yang dah siap-siap dibungkus tu terpaksa la letak belakang. Takkan nak jual kat orang kan. Tu jadi hidangan berbuka puasa kami la. Hehe.


Lepas tu terus pecut ke Gi.ant, beli meja baru. Dugaan hari pertama. Kata akak gerai sebelah, tu tandanya rezeki. Yup. Bukan rezeki kami nak jual air soya semalam.


Alhamdulillah, lepas je setup gerai semula, orang tak putus-putus datang. Syukur lah En Abah dan staf-stafnya tak patah semangat. 10 minit sebelum Maghrib, semua balang berjaya dikosongkan. Alhamdulillah.


Masa berbuka, kitorang semua minum air je. Tak larat oh nak makan apa-apa. Ececeh macam la saya tolong En Abah. Saya tolong tengok je. Eh bukan. Saya tolong temankan je. Bagi moral support. Ekekeke. 


Sampai rumah, kerjanya membasuh semua balang-balang air dan segala mala peralatan yang ada. Lepas tu, masak air gula pulak. Pagi ni En Abah kena sediakan pati dan jus buah-buahan. Pati dan jus mesti dibuat setiap hari. Tak boleh disimpan-simpan. Tak boleh buat stok seminggu. Habis la tak fresh airnya kan. 


Letih. Memang letih. Tapi puas. Jangan sangka mudahnya menjual air. Komitmennya bukan sedikit. Bila En Abah melompat masuk dalam bisnes ni, barulah terbuka mata saya. 


Hm. Itulah cerita hari pertama puasa saya. Apa cerita hari pertama kawan-kawan? :)


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!