Monday, October 4

Apa Yang Terbang Tu?!!

Malam tadi instead of balik semula ke Seremban, En Abah tidur kat Cheras. Menyiapkan kerja-kerja untuk hari ini. Pulak tu, penat badan drive dari Seremban ke Cheras pun tak hilang lagi.


Nak siapkan kerja En Abah terpaksa 'melarikan' diri ke McD. Kalau tak, budak-budak ni memang asyik keluar masuk bilik ajak En Abah bergasak. Dan saya pun ikut sama ke McD, temankan dia.


Balik dari McD dalam pukul 10 lebih. Singgah ke petrol pump isi minyak. Lepas tu gerak balik. Dalam perjalanan balik tu, masa kat traffic light, tetiba je En Abah kata, "Ya Allah! Apa benda yang terbang tu?!"


Saya tak nampak apa-apa pun. Saya tanya balik En Abah, "Apa benda? Nampak apa yang terbang?"


"Macam orang ada sayap. Dia terbang. Hah tu lagi sekali!!! Awak tak nampak ke???"


"Tak." Cuak.


"Dia patah balik. Tadi dia pergi sana (arah turun bukit) ni dia patah balik pulak (arah naik bukit - ke rumah saya)."


Oh my. Gila cuak ah. Selama ni kalau budak-budak yang nampak kita boleh assume yang dia just berimaginasi, main-main atau apa aje lah assumption yang logik. Tapi bila dah laki sendiri yang nampak, apa lagi yang boleh saya rasa kan? Huuuu...


Lepas traffic light, nak tuju ke rumah saya, kat satu simpang tu, En Abah bersuara lagi.


"Hah tu ada lagi! Awak tak nampak ke?"


"Tak! Tak nampak! Alamak dia ikut kita ke?" Cuak tahap maksimum okeh!


"Ye kut." Aik En Abah boleh rilek je? Haku dah cuak tahap gaban ni! Eii jangan la dia muncul depan mak! 


Sampai depan rumah cepat-cepat angkut barang bawak masuk rumah. Anjing jiran sebelah dah melolong-lolong panjang. Mak aiiii!!!! Seram gila okeh! Dan bukannya salakan, tapi lolongan. Macam dalam cerita hantu kat TV tu. Baru pukul 10.45 malam! Kenapa cepat benau benda tu keluar bermain? Ciskek betul! Tak lama lepas tu dengar lolongan anjing kat area perumahan bawah bukit pulak. Maybe dia dah terbang ke sana pulak kot.


Malam tu masa gosok baju saya tak bagi En Abah tutup pintu bilik. (Tempat menggosok kat bahagian ruang tamu atas) Tengah menggosok helaian terakhir, tetiba saya dengar suara mengilai! Sayup-sayup okeh suara dia. 


Oh.


My.


God.


Terus saya keras kejung kat depan iron board. Masuk bilik, duduk sebelah En Abah. Huwaa! Dan-dan tu jugak ajak En Abah teman saya gosok tudung. Tak kira. Duduk sebelah saya jugak!


Syukurlah malam tu budak-budak tak apa-apa. Risau jugak kena usik kan. Malam ni risau lagi. Saya tidur sorang-sorang je dengan anak! Jangan le kacau kitorang weh!


Oh, En Abah kata benda yang terbang tu besar macam orang. Kain putih. Makkk!!!!


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!