Monday, November 1

Weekend @ Klebang

Hujung minggu baru-baru ni kami ke Klebang Beach Resort - ikut rombongan tempat kerja En Abah buat family day kat sana.


Sampai sana dalam pukul 1.30 petang dengan bantuan GPS. Kalau takde GPS memang melopong le sebab memang tak tau jalan langsung. Hehe.


Acara bermula pukul 3.00 petang. Acara pertama ialah sukaneka kanak-kanak. Imran masuk pertandingan rebut gula-gula. Anak teruna ai ni memang bersopan santun gamak eh. Dia amik sebiji je gula-gula. Ye lah, dah biasa bagitau dia, makan satu-satu jangan ngap semua benda serentak. Maka gula-gula pun dia amik sebijik aje. Ekekeke.


Tapi gula-gula nan sebiji itulah yang bawa tuah kat Imran. Gula-gula yang dia pilih ada tulis nombor 1. So imran dapatlah hadiah. Hehehe.


Lepas tu acara untuk budak-budak besar serta mak bapak budak. Tapi saya jadi tukang tengok aje la sebab kena jadi lifeguard anak-anak. Kalau dah nampak swimming pool tu kan, mana la Imran dengan Irma tahan. Kena jugak temankan diorang mandi.


En Abah masuk macam-macam games. Isi air dalam botol la, baling dadu la, ehhh macam-macam lah sampai tak ingat pulak saya. Dan kalau dah namanya family day, semua orang la dapat hadiah walaupun dapat nombor last kan. Ehehehehe.


Malamnya pulak ada bbq. En Abah ditugaskan membuat montage. Saya tolong-tolong apa yang patut la. Pilihkan lagu, buat caption dan godek-godek sikit guna movie maker tu. Alhamdulillah orang yang sempat tengok montage tu kebanyakannya suka dengan hasil kerja En Abah dan *ehem ehem* saya* ehem ehem*.


Bbq malam tu saya tak berapa puas makan sebab asyik main kejar-kejar dengan anak dara tu. Kejap dia ke depan. Kejap ke belakang pulak. Lajuuuuu je dia jalan. Kita ni nak kejar dia celah-celah meja memang tak dan lah kan. Mentang-mentang dia kecik dan maknya pulak beso, susup sasap dia lari sana-sini. Kalau saya pun berlari sama mengejar dia, memang habis la tunggang-langgang meja tu nanti. Hahahaha.


Anak teruna saya pulak kalau makan memang agak behave la. Duduk diam-diam kat kerusi sambil makan dengan khusyuk. Yang adiknya ni aktif lain macam sikit. Bukannya tak pernah tegur. Kadang tu sampai hilang sabar kita dibuatnya. Kadang segan jugak sebab orang lain pandang je kat anak kita kan. Habis tu takkan nak pukul dia depan orang pulak kan. Malu le ai kalau ai transform jadi transformers singa betina bersuara petir depan colleagues En Abah. Hehehe.


Lepas makan apa yang patut En Abah pulak tak sabar-sabar nak masuk bilik. Hepp jangan nak berfikiran biru pulak ye. En Abah nak tengok bola daa.... Tapi berakhir dengan kekecewaan sebab Negeri Sembilan kalah. Muka frust gila. Hehe.


Untuk hilangkan frust En Abah keluar berborak-borak dengan member dia. Tinggal le saya sorang berperang dengan anak-anak nak suruh diorang tidur.


Fuh. Ingatkan dah puas main air siang tu, senang le diorang nak lena. Takde maknanya! Yang si abang asyik usik si adik. Kejap-kejap dia kejara, lepas tu tolak lah, tarik rambut lah. Yang adiknya pulak, tiapkali abang kejar mula lah dia menjerit sebab takut. Hihi. Tak larat mama nak tegur dah nak oii.


Tapi disebabkan si abang tak sudah-sudah bergurau kasar dengan si adik, adik pulak menangis-nangis macam kena buli, maka si mama nya pun bertukar lah *ting!*


Haku tak sure la kalo suara lemak merdu persis guruh di langit ni boleh kedengaran satu resort tu. Ekekeke. Udah le tengah malam buta. Ai tak larat noks. Kalau En Abah ada, terkawal sikit budak-budak ni. Kalau dengan saya? Hmm... kemsalam je la. Kadang tu jadi singa pun tak jalan, jadi harimau pun tak jalan. Kang haku jadi godzilla baru jalan gamak eh. Hishh... sungguh la saya ni bukan dalam kategori ibu yang penyabar *sob sob... mode insaf sekejap*


Esok paginya, pepagi lagi saya dah kejut budak-budak ni untuk breakfast. Bilik kitorang berdepan dengan tempat makan. So masa bangun Subuh tu dah boleh nampak diorang tengah susun makanan atas meja buffet tu. Terus la perut ai berbunyik riang.

Budak-budak ni terkulat-kulat le kena bangun pagi. Ehehehe. Makan pun sikit je. Lagipun godaan swimming pool sebelah tempat makan tu lebih dahsyat dari godaan nasi goreng berlauk ayam masak asam pedas yang sedap tu. 


Tak sempat ai nak melantak banyak-banyak, budak-budak ni dah heret mama dia nak masuk swimming pool. Sudahnya 2 jam lebih mak jadi lifeguard tepi kolam kanak-kanak tu. Eheh. Tu pun ai paksa budak-budak tu naik. Kalau tak, sampai check out nanti pun diorang takmo keluar agaknya.


Oh satu je mak nak komplen la. Dari mula sampai hinggalah nak checkout tu, kitorang ni asyik try call nak mintak iron dengan sejadah. tapi sampai ke sudahnya takde orang angkat. En Abah gi kat lobby tapi takde orang. Tu je la.


Kesimpulannya, tempatnya biasa-biasa aje lah. Takat nak tidur, nak lepak-lepak dalam bilik masa hujung minggu, nak bagi budak-budak mandi swimming pool boleh le. Makan ok la ikut tekak mak yang tak berapa memilih ni. Ai makan je semua. Ehehe. 


Tapi kalau nak mengharapkan tempat nya cantik, nak mandi laut ke apa, better pi tempat lain la kot :)




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!