Monday, January 31

Last Minute: Penang

Macam yang saya dah bagitau hari tu, saya dan En Abah buat perancangan last minute untuk ke Penang. Well, takde perancangan pun sebenarnya. Hoho.


So, kitorang bertolak hari Khamis dalam pukul 4 petang. Lambat sebab tunggu En Abah dari Jelebu. Lepas tu sempat pulak dia nak potong rambut. Sabau je la.


Sampai Penang dalam pukul 8.30 malam. En Abah masih menyempat lagi nak ke Queensbay Mall mencari blazer. Haku dah risau dah takut takde hotel yang sesuai dengan bajet ciput yang available. 


Lepas ke Queensbay Mall, sempat pulak makan tomyam kat area Gelugor. Sedap ok tomyam dia. Tapi nama gerai tidaklah hamba ingat. Yang saya ingat gerai tu betul-betul sebelah kedai Juaimurah


Dah mengisi tembolok memasing, bermulalah pencarian kitorang. Memandangkan urusan En Abah kat USM, so kitorang nak cari tempat yang dekat-dekat ajelah. Bukak GPS, cari nearest hotel/motel. Terkeluar le nama Anggerik Lodging. Disebabkan dah malam plus penat, so gi ajelah ke sana.


Rate bilik sini RM70 per night. Bilik memang kecik gila ah. Tapi tak kisah lah sebab sekadar nak rehatkan badan aje kan. Yang penting bersih. Owner pun Melayu. And kepada yang belum berkahwin dan bercadang nak mencari hotel bajet untuk buat maksiat, sila pi jauh-jauh. Kat sini hanya pasangan berkahwin aje yang boleh duduk sebilik. Bagus kan.


Esok paginya kitorang pun ke USM. Tanya kat pakgad, alamak... rupanya En Abah patut gi ke tempat lain. Kat Bayan Lepas daa... Nasib baiklah ada GPS. Kalau tak menggagau le kitorang.


Settle urusan, kitorang gi breakfast. En Abah bawak makan kat Pasar Gelugor. Dekat je dengan Anggerik Lodging tu. Lepas makan, kitorang check out. Mula ingat nak terus balik. Tapi still keletihan lagi, so decide untuk stay lagi satu malam kat Penang. Kitorang gerak ke Batu Feringghi.


Kat Batu Feringghi pun gigih gak nak mencari hotel. Almaklum le sana semua hotel 4-star, 5-star kan. Kalau hotel bajet tu, bajet bebenor la pulak rupanya. Last-last kitorang try Sri Sayang Resort Service Apartment. Apartment satu bilik takde. Yang ada apartment 2 bilik. Harga RM138 je. Murah kan? So apa lagi kitorang terus le ambik bilik tu. Bilik last pulak tu.


Apartment ni quite spacious la jugak. Dah la kitorang berdua je. Lagi la terasa luasnya. Hehe. Ada satu katil queen, 2 katil single, ada TV kecikkkk aje sakit mata haku nak baca subtitles, ada Astro (bayaran tambahan), kitchen, dapur gas, peti ais, aicond, water heater. Not bad huh?


Lepas dah check in kitorang just lepak-lepak je. Mak layan TV, En Abah pulak sedap tido. Lepas dah rest kejap, kitorang gi makan kat satu gerai ni. Ada sup tulang power. Dekat dengan Restoran Khaleel kat Feringghi tu. Saya makan mee rebus which is sedap dan sangat banyak! Nyum!


Dah makan, balik apartment balik. En Abah teringin nak mandi kat pool. Layankan aje lah. Mak tak dapek la nak mandi kat pool so tengok aje la En Abah terjun kolam. Haih.


Malamnya kami ke Feringghi Walk tu. Jalan kaki dari apartment sampai ke Holiday Inn. Dalam 1.2 kilometer la jugak. Cair sekejap lemak kat badan ai tau. Hahaha. 


Kat sana kitorang sekadar jalan-jalan cuci mata aje la. Handbag imitation banyak la. Cantik jugak hihi. Ada jugak jual barang-barang home deco macam tempat lilin, lampu. Tapi kalau kitorang beli pun nak letak katne kan. Nak belikan mainan untuk anak-anak, kat KL pun berlambak benda yang sama. So sudahnya sekadar berjalan aje lah.


Tadi cairkan lemak. Elok je lemak baru nak pecah, kitorang ke Padang Kota pulak menambah lemak semula. Hehe. Sekadar makan pasemboq je la. Sebabnya? Sebab harga pasemboq kitorang RM15 woo. Hoho. Kalau dah belanja sampai RM15, ini bukanlah percutian bajet namanya kan? Kan? Kan? Hehe. Nasib baik kenyang giler makan. Kenyang sampai pagi :) Kitorang makan kat gerai yang dicadangkan LV masa dia pi sana hari tu. Memang sedap!


Malamnya nak tidur adalah cuak okeh. Ye lah, kitorang berdua je. Apartment 2 bilik. Bilik lagi satu takde orang. And kat floor tu takde orang lain. Kitorang aje. Masa nak dekat tidur tu dengar bunyi macam ada orang ketuk-ketuk besi. Kejap-kejap ada. Kejap-kejap takde. Pastu ada. Ketuk laju gila. C.U.A.K haku tau! Tapi buat bodo je la masa tu.


Dah kat atas katil mata terkebil-kebil takleh tido. En Abah dah lena siap berdengkur dah. Mak pulak try pejam mata tapi takleh. Dah la kejap-kejap ada bunyi mat rempit merempit motor kat depan hotel tu. Huuuu. Last-last haku tak kira, kejut jugak En Abah. Kalau mak takleh tidur, dia pun takleh tidur! Muahaha.


Dah berapa lama tu mak tertidur la jugak akhirnya. Bangun pagi, bunyi orang ketuk-ketuk besi tu ada lagi. Apa ke hey nya sampai ke pagi bunyi benda alah ni wehh??? Rupa-rupanya, air dari aircond orang tingkat atas jatuh kena besi daa.... Hahahaha. Penat je mak cuak-cuak malam tadi.


Pagi tu kitorang breakfast kat Khaleel tu. Lepas breakfast lepak-lepak jap tengok TV. Pastu check out. Dalam perjalanan balik nampak pulak orang jual laksa tepi jalan kat Pantai Miami. Singgah makan laksa pulak. Hahaha. Memang membina badan betullah. Asyik makan je. 


Kitorang singgah Perai beli jeruk. Dekat dengan terminal bas. Kalau nak ke sana kena lalu tol RM1.30. Gerai jeruk ni nama dia MakNdak Jeruk Istimewa. Sila cari gerai no 18 ye. Ini En Abah yang rekomen sebab hari tu kan dia gi rombongan sekolah ke sini.


Apa specialnya jeruk kat sini? Yang speselnya, pakcik yang jual jeruk tu. Sangat baik hati. Banyak gile jeruk dia bagi kitorang rasa. Lepas dah membeli jeruk tu, pakcik tu bagi pulak keropok free buat bekalan dalam perjalanan katanya. Banyak lak tu dia bagi. Sampai naik segan le kitorang. Hehe. Air pun dapat free sorang satu.


Lepas tu mari kita gerak balik KL. Singgah R&R Bukit Gantang. Rest kejap sambil makan kacang rebus :) Jalan lagi. Singgah pulak R&R Sungai Perak. Beli buah jambu air dengan pomelo.


Sampai Cheras nak dekat pukul 7.00 malam. Pergh penat gile. Short holiday yang memenatkan, tapi berbaloi rasanya :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!