Monday, January 31

Kelenjar Bengkak

Rabu lepas Irma terjatuh. Tak sure dia terhantuk tang mana. Tapi tengok-tengok bawah telinga dia bengkak. Risau takut ada effect kat kepala ke apa ke, saya bawa dia jumpa paed.


Kata paed, rasanya kena kat muscle dan Insyaallah tak effect otak ke apa. Tapi kalau dalam masa 2 hari still tak hilang bengkak tu, kena bawa Irma ke klinik semula.


Hari Jumaat, bengkak dia still ada. Bawa ke klinik, klinik tutup pulak. Hari Sabtu pun klinik tutup. Malam Sabtu, kaki Imran terkena kat bengkak Irma tu. Makin besar bengkaknya. Irma nangis tak henti-henti. Takut saya tengokkan dia. Malam tu dia tidur tak lena. Kejap-kejap nangis. Dia asyik pegang bahagian belakang kepala.


Pagi Ahad tu bengkak Irma dah jadi nanah. Nanah dia dah pecah. Meleleh je. Bawa ke klinik biasa sebab klinik paed tu masih tutup. Kali ni doktor kata kelenjar Irma membengkak dan dah jadi bisul. Dapat 3 jenis ubat makan dan 1 ubat sapu. 


Lepas makan ubat tu Irma tidur. Masa tidur ada lagi satu nanah pecah. Setiap minit saya kena sapu lelehan nanah tu. Aduhai. Tak sampai hati tengok. Nak dekat 6 helai tisu saya guna untuk sapu lelehan nanah tu barulah nanah tu berhenti.


Alhamdulillah malam tadi Irma tidur lena. Maybe sebab nanah dah keluar so rasa sakit dia dah berkurangan. Malam ni nak bawa ke klinik paed lagi sekali. Hopefully takde apa-apa yang membahayakan :(


2 comments:

mamaDhea said...

alahai, kesiannya irma.. cepat beb bawak pi paed..

Unknown said...

ish ish.. takut nya kalo terjadi kat anak2 mcm ni.. sian kat anak.. hrp2 xde apa2.. cuma sian lah kan, dok menanggung sakit..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!