Monday, February 28

Kadang Kita Rasa Kitalah Insan Yang Paling Malang. Alangkah Silapnya.

Hari ni ada taklimat zakat dan sedekah di ofis saya.


Selain bercerita tentang ke mana perginya duit zakat dan sedekah yang akan disalurkan kepada fakir miskin, terselit jugak cerita-ceriti tentang kepayahan manusia lain.


Antaranya, ada antara staf yang di pay slipnya cuma tinggal RM1 setiap bulan. Huhu. Memang insaf sungguh laaa saya mendengarnya.


Terkadang kita rasa kita ni hidup susah. Tapi kita selalu lupa, ramai lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Cliche I know. Dah ramai cakap macam tu kan?


Macam yang saya cakap tadi, kita selalu terlupa. 


Syukur masih ada yang sudi mengingatkan.


Oh kat tempat kerja saya sekarang ni ada pula kempen sedekah. Sedekah yang dipotong dari gaji setiap bulan. Terpulanglah berapa RM kita nak sedekah pun. Ikut masing-masing. Takmo sedekah pun takpe. Tiada paksaan. Nak tukar amaun setiap bulan pun boleh.


Seronok pula ada sistem potongan gaji macam ni. Ye lah, macam saya ni setiap hari pergi-balik kerja, kadang tu susah nak dapat peluang menderma dan bersedekah. Bila ada peluang macam ni, sekurang-kurangnya ada juga ruang untuk saya sedekahkan duit sekurang-kurangnya sebulan sekali.


Syukur Alhamdulillah.



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!