Saturday, February 5

Cuti CNY

Bersiaran secara langsung dari Seremban :)


Cuti panjang kali ni dihabiskan dengan melepak di rumah MIL sambil menghabiskan masa dengan anak-anak dan En Abah.


Hari Khamis kami habiskan masa di Secret Recipe sambil makan Chocolate Indulgence dan secawan kopi free. Lepas tu melalak di MyBox selama sejam. Mula-mula ingat kena charge ikut harga cuti umum. Tah macamana budak yang jaga kaunter tu bagi kami rate hari Khamis ie RM12 sejam. Murah gituk!


We had a blast.


Hari Jumaat sekadar bawa anak-anak ke S2 City Park. Ada tasik kecik kat situ. Ada jugak budak-budak main layang-layang. Layang-layang Imran patah la pulak huhu. So round satu tasik sambil tengok ikan yang bagak-bagak yang paling kecik pun besar lengan saya yang tak kurang bagaknya.


Seronok tengok Imran & Irma berlari-lari atas padang. Hihi. Malam tu diorang tidur lena sebab penat sangat. Double seronok mak di situ :P.


Hari ni ikut En Abah ke Jelebu. Saja nak tengok rumah sewa dia kat sana. Kebetulan jiran sebelah En Abah ada. Siap jemput kitorang masuk rumah makan mi kari. Aiseh. Segan sungguh rasa masa tu. Dah lah mak tengah selekeh macam hape.


Cuti kali ni walau tak lah ke mana-mana hotel atau tempat-tempat menarik, tapi rasa sungguh... bliss... 


Bukan tempat percutian yang menjadi ukuran, tapi masa yang dihabiskan dengan family tu yang lagi penting. Tak gitu?


Macamana korang habiskan cuti CNY korang?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!