Thursday, July 16

Ke Mana Saya Selama Tiga Hari?

Fuh!


Penat bermarathon, membaca entri di blog kawan-kawan. Maklumlah, sudah 3 hari saya tak masuk ofis.


Hari Isnin dan Selasa saya berada di CIMA World Conference 2009 di KL Convention Center. Saya berada di sana dalam keadaan paksa rela sebenarnya sebab nama saya dihantar oleh En Bos tanpa pengetahuan saya.


Oh tapi rupanya seronok juga attend conference begini. Terbukak sikit minda yang dah ala-ala bawah tempurung ni. Kekeke. Yelah. Dah bertahun duduk di dalam environment ke'gomen'an, bila sesekali hirup udara luar bolehlah kita berkenal-kenalan dengan orang yang kerja di private sector pulak.


Dan yang paling best, saya terserempak dengan kawan lama saya semasa zaman belajar dulu. Dia pernah jadi housemate saya semasa kami menyewa di luar, dan jadi roommate saya masa saya sambung belajar. Sungguh seronok jumpa member lama! Kawan saya itupun nampaknya sudah menjadi seorang yang berjaya. Sudah berjawatan tinggi bukan macam saya ni ha. Saya rasa happy untuk dia.


Terima kasihlah kepada En Bos sebab hantar nama saya. Hehehe.


Dan, bila berkenal-kenalan denga orang yang selain orang gomen, saya terasa diri yang besar ini begitu kerdil sekali. Hiks. Boleh gitu?


Dulu kan, sebelum saya kerja gomen, bahasa kedua saya boleh tahan la jugak. Kiranya, takde masalah la kalau nak buat karangan 15 mukasurat sekalipun, Insyaallah. Tapi kan, sekarang kan, saya rasa bahasa kedua saya makin lama makin berkarat. Huhu. Ye, saya ada membaca bahan bacaan dalam bahasa kedua itu, tapi saya tidak amalkannya dalam kehidupan seharian. Jadi, memang mudahlah berkarat kan. Huhu.


Okeh. Lupakan hal itu. Salah diri sendiri. Mungkin selepas ini kena polish kan balik segala yang ada.


Hari Isnin di conference itu adalah seronok. Bermacam orang korporat dari seluruh dunia yang berkongsi pengalaman mereka di dalam dunia perniagaan, hingga masing-masing berjaya menaikkan nama syarikat tempat mereka bekerja.


Malamnya ada pula gala dinner sempena ulangtahun CIMA yang ke-90. Dan kami turut dihiburkan oleh Harith Iskandar, yang saya rasa adalah sangat menghiburkan dan sungguh kelakar mamat ini okeh. Saya ketawa punyalah besar sampaikan cameraman zoom muka saya Maka terpampanglah muka minah berbaju kurung hijau bergelak sakan kat skrin besar kat depan tu. Har har har. Malu jek.


Hari kedua pun best juga. Walaupun saya agak mengantuk semasa sesi pertama pagi Selasa tu. Semasa lunch kami dihidangkan dengan chinese food, yang tak berapa kena dengan tekak melayu saya yang sentiasa inginkan makanan pedas ini. Huhu. Makan masa panas-panas ok lagi. Tapi bila food tu dah mula sejuk, mulalah tekak ini terasa kembang setaman.


Bila attend CIMA World Conference ni rasa macam nak amik CIMA pula. Ada sesiapa yang pernah ambil CIMA? Kongsi-kongsi sikit pengalaman anda ye. Oh, tapi orang-orang kat ofis saya kata, better amik Master daripada CIMA coz jurusan profesional ni macam takde value sangat pun kalau bekerja di sektor awam. Kalau setakat untuk kepuasan diri oklah. Ye ke?


Hari Rabu saya cuti (ngengada amik cuti) kononnya penat berkonferens semalamnya. Haha. Konon. So pagi-pagi saya dan En Abah membuat keputusan untuk pergi ke Greenbox di Jusco Cheras Selatan. Sebab kalau pi pagi-pagi murah sikit. Hahaha.


Dah lama mak tak berkaraoke. Sungguhlah sumbang mambang rasa macam nak pecah je bilik tu. Konsep di Greenbox ni adalah kita bayar untuk makan dan menyanyilah puas-puas di bilik karaoke itu selama 3 jam (Sesi pagi ialah dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari). So, untuk bayaran sebanyak RM12 seorang, saya boleh makan Nasi Beriyani Kambing, air free-flow dan tidbits juga free-flow, serta menyanyi di karaoke selama 3 jam. Bukankah itu SANGAT murah?


Mak menyanyi sakan sampai suara pecah-pecah macam suara budak laki baru akil baligh. Hahaha. Sungguh puas hati. Walau bagaimanapun ada sedikit nyampahs dengan service di situ sebab tidak berapa friendly. Tapi, saya abaikan saje.


Itu ajelah aktiviti saya selama 3 malam tanpa bintang hari ini. Hari ni saya dah start kerja balik, sambil bermarathon membaca blog kawan-kawan, serta menuai hasil tanaman saya di BarnBuddy walaupun hasil tanaman habis dicuri.


Sekian, terima kasih.




8 comments:

Nana said...

Kau pergi National Tax Conference pulak.
KLCC juga, 4&5 Aug ni.

Tengok mana yg best.

Emma said...

haha.. sempat lg tu main bbuddy.. kite dah tutup ladang la.. boring... baru nak bjinak dgn farm town pulak..

geeeeeeeeee

-mama emma-

~Umi.Sufira~ said...

Happy Blogging Back!:)

Unknown said...

Nana,
Bidang kerja aku takde kaitan dgn tax, so mebi takkan dapat approval dari bos. Huhu. Tapi mcm best jek. Aku suka tax jugak :)

Mama Emma,
Ohhh sempat.... mesti sempatkan jugak. Haha. Alah Farmtown takleh masuk kat opis. Kena blok maa...

Roza,
Thanks beb! Hihi.

Nana said...

mcm2 kerenah boleh tgk bila tax nye conference.

aku paling suka g conference tax rather than audit n accounts.

babycomel said...

akak Zety,

bhs kedua saya pun berkarat sebaik shj msk U, patut makin marveles tp ntahle dimana silapnye jadi cam B***H lak...now tgh terhegeh2 nak polish balik bhs kedua itew...wish me luck ye...

IntanSham said...

ahhh... sian hanjeng mu kebulur cik zety.. ku nak tolong bagi makan,x blh... cuma blh tolong siram pokok, buang weeds & bugs dannnnn tuaikan hasil tanaman jek

Unknown said...

kalo koje gomen memang no point amik CIMA. cost exam mahal sbb dlm pound sterling & utk menten membership juga mahal...
kalo u kerja d sektor perkilangan memang sesuai lah ade CIMA...

my 2 cents jer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!