Wednesday, March 9

Kisah No 3 (Or should we address him/her as No 2.5? Or 2.25? :P)

Seperti pengalaman yang lepas-lepas, biasanya saya tak mengalami morning sickness waktu pagi. Tapi bila start je pukul 10 malam... ting!! Terus la rasa loya-loya, dengan angin mencucuk-cucuk satu badan. Rasa nak baring je sepanjang masa. Sungguh tak best.


Tak best sebab waktu malam lah saya ada masa dengan family. Bila dah pening-pening mood pun bertukar jadi singa betina. Tak pun monster *makan budak!!!*


Tapi syukur juga sekurang-kurangnya saya boleh memandu waktu pagi macam biasa. Cuba kalau loya-loya waktu pagi? Haruslah perjalanan 45 minit jadi sejam setengah gamaknya. Boleh juga tumpu update blog buat kerja kat opis.


Yang tak bestnya lagi, selera makan di waktu siang adalah macam biasa. Waktu malam bila dah settle makan beberapa jam baru start rasa loya.


Bukan apa, saya adalah concern dengan berat badan saya sekarang. Bukan niat nak diet masa pregnant, tapi cukuplah sekadar takde peningkatan berat badan yang mendadak. Naya nanti weh. Kot nanti timbul pulak macam-macam komplikasi kan. Selagi kita boleh elak/kurangkan risiko, kita buatlah. Lagi satu, karang kalau dah start kena pakai 'uniform', susah pulak nak cari saiz yang bersesuaian. Hoho. 


Eh, ada sesiapa tahu kat mana boleh cari baju mengandung yang plus plus plus size? Ehh baru pregnant 5 minggu dah kecoh cari uniform ka ZZ? Hehe. Saya rasa saya dah tak muat nak pakai baju pregnant yang dulu-dulu tu. Haaa bayangkan betapa saya membesar dengan jayanya? Serious, siapa yang tahu kat mana boleh cari baju pregnant yang plus plus plus size, sila bagitahu saya wokeh. Boleh la buat bajet beli baju pregnant hihi.


Sepanjang pengalaman mengandung 2 kali sebelum ni, Alhamdulillah saya tak berdepan dengan apa-apa komplikasi masa pregnant. Harap kali ni pun sama. Moga dipermudahkan. Amin.


6 comments:

lia said...

1- tahniah... Bakal dpt no 3, aku jer x gerak2 g hu3... Hepi 4 u...

2- kat alam sentral ada kedai nama optimo tp 2 pintu... Salah satu pintu mmg utk baju besar, till now aku beli baju d c2 sbb I gomoks ;p

isabelle said...

ha..betul tu.baru nak suggest yg optimo tu jugak

Unknown said...

lia,
dulu pernah gak gi optimo. tapi tu dulu la. tak tau la now ada size untuk aku ke tak hehe.

isabelle,
huuu okeh la boleh masuk dalam list. nanti dah membuyung esok boleh la tengok2 kat optimo tu :)

mirah said...

wah tahniah zety... :)
bestnya kan pregnant balik tu..
nak jugak..

faisyura said...

weeeeeeeeeeeeeeee... ko dh nk no 3... congratssss!!! teringin juga lah! ngeeee...

Unknown said...

mirah,
thanks. meh la join the club. ngee...

faisyura,
hah apa lg leh start projek usahasama dah tu. hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!