... bercuti maka hari ni agak M untuk ke kerja. Siap terlajak tidur sampai pukul 6.50 pagi! Hamek ko!
Cuti bukan saja-saja. Cuti jaga anak. Rancang cuti Rabu tu je tapi tup tup kena ambik EL pulak semalam.
Cuti Rabu sebab takde siapa jaga anak. Mak ayah saya bercuti dengan makcik-makcik saya. Sekaligus meraikan mak saya yang dah tukar status kepada 'pencen' start Sabtu lepas. Hehe. So, atuk dengan nenek takde maka mama lah yang kena jaga.
Rancangnya hari Rabu saya jaga, Khamis En Abah, Jumaat adik saya. Tapi hari rabu tu Irma asyik muntah-muntah. Asal lepas makan atau susu dia muntah. Muntah bukan takat sikit-sikit. habis semua isi perut dia keluarkan balik.
Malam rabu tu pun dia muntah lagi. 3 kali saya tukar cadar. Adeh. Kesian tengok anak dara tidur dengan perut kosong. Nak tinggalkan dengan En Abah saya tak sampai hati plus kesian pulak En Abah nak handle dua2 anak. Boleh ke?? :P So saya EL la semalam.
Bawa Irma ke klinik doktor bagitau tekak dia merah. Lepas tu perut dia kembung. Mana la tak kembung. Takde isi. Asal makan je muntah. Alahai anak omak.
So doktor kata takleh bagi dia minum susu atau makan apa-apa aje yang bersusu untuk dua hari. Malam tadi sebelum tidur banyak kali bagitau Irma dia takleh minum susu. Boleh minum jus atau air suam je.
Tengah malam dia terjaga. Asyik merengek je. Maybe sebab rasa 'kekurangan' sebab tak dapat susu kot. Tapi dalam merengek-rengek tu saya rasa tersentuh sangat bila dia kata, "Mama, Ima nak air."
Tersentuh sangat sebab dia sangat memahami keadaan diri dia yang takleh minum susu. Ye lah, selama ni kalau terjaga tengah malam tu mana pernah mintak air. Susu sokmo. So bila dia mintak air tu rasa sungguh terharu :)
Haih anak mintak air pun nak sensitip kan? Hihi.
So hari ni datang kerja dengan rasa berat hati sebab anak dara tak sihat sepenuhnya lagi. Sampai-sampai ofis nampak surat bercop 'SEGERA' atas meja. Waduh waduh sudah dup dap dup dap jantung.
Bukak sampul rupa-rupanya haku kena.....
... jadi PENCERAMAH! Whoa! Apakah?
FYI mak bukan jenis yang reti bercakap depan public nih. Haku nervous tahap gaban nyah!
Bab nak membebel tu mungkin boleh la diampunkan lagi. Tapi ada slot Q&A pulak dah!!! Huwaaa ni yang haku lemah ni!
Nak buek camno. Colleagues yang sepatutnya dan selayaknya jadi penceramah cuti bersalin la pulak kan. Bos pulak MC 6 minggu sebab eksiden. Maka tinggallah saki-baki kat ofis ini iaitu haku.
SYMP, big boss....

3 comments:
haha..slmt berlatih dpn cermin...
huhuhuhu...kesiannyer Irma :(
sekarang musim batuk selesema bagai..kitorang satu umah pon batuk teruk...malam mmg asik layan muntah si kecik....
btw, get well soon to Irma...
oh ya....on ur task utk jadik PENCERAMAH tu...
one useful tip for u...
masa bagi ceramah tu, fokus pada satu orang yg awak rasa awak selesa pandang....then go ahead with ur speech...kurang gabra kekdahnyer....hahahahaha
it works on me :p
isabelle,
muahahaha malu ah tengok diri sendiri bercakap dalam cermin hahaha.
madam za,
alhamdulillah irma dah ok. thanks for the tip! :) tadi masa bercakap tu tah mana2 haku pandang. hahahaha.
Post a Comment