Tuesday, August 16

Drama Taska

Baru baru ni hantar anak-anak ke taska setelah hampir 3 tahun diorang lepak rumah Atuk.


So far si abang ok cuma masa bangun pagi tu selalu le ngamuk. Irma ni yang takmo gi skolah manjang. Adeh pening kepala mikirkan cara nak tarik minat dia pi taska. Padahal dari yang aku perhatikan taska tu nampak ok je. Budak-budak pun nampak ok. Bila tanya cikgu Irma ada masalah ke kat taska, kata cikgunya dia ok je. Cuma tak habis-habis nak 'alen basah' dia je lah.


Bila balik je dari taska aku selalu le soal siasat budak-budak ni. Kat sekolah belajar apa, teacher ada marah tak, kawan-kawan ok tak etc. Jawapan sentiasa positif and tak pernah buat aku susah hati. Tu yang aku pelik apasal laaa Irma ni takmo langsung gi taska.


Pagi tadi sebelum sampai taska aku singgah le beli air kotak Milo nak umpan budak-budak ni gi taska. Si Imran suka la. Yang Irma pulak buat drama. Siap dengan skrip sekali.


"Mama buang la air Milo yang mama beli tu. Irma tak nak. Irma tak nak gi skolah." Sambil nangis-nangis. Boleh? Bila dengar sebijik la macam skrip cerekarama. Punyalah aku tahan gelak. Adoyai. Drama queen sungguh la budak nih!


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!