Thursday, October 25

Panda Eyes

Mengantuk!


Itu je yang mampu aku describe kan keadaan aku hari ni. Mata kuyu macam apa. Rasa macam kena gam je kelopak mata ni. Malam tadi aku satu family menziarah sepupu yang baru bersalin di Kelana Jaya. Aku dan suami direct dari Shah Alam. Mama, ayah, adik-adik aku dan anak aku dari Cheras. Aku sampai sana pukul 8.00 malam.


Tak lama lepas tu, satu-satu saudara mara yang lain sampai. Sampai rumah Mak Ngah penuh dengan manusia. Semua ada. Dari mak-mak dan bapa-bapa saudara, sampailah ke cucu-cucu berkumpul kat sana.


Kak Ipah, sepupu aku yang masih dalam pantang letak anaknya atas tilam depan TV. Baby baru lahir, tidur aje la kerjanya. Lena betul dia tidur, tak pedulikan langsung bunyi hiruk-pikuk jeritan dua pupu-dua pupunya yang makin bertambah kuantiti dalam family kami. Kak Su letak Darwish sebelah anak Kak Ipah. Dia bentangkan comforter nipis. Aku tumpangkan Imran baring kat sebelah Darwish. Hehe. Beza diorang dua minggu je. Imran lahir dulu.


Bila dah baring sebelah menyebelah tu, dua-dua sibuk mendepakan tangan, minta dukung. Hehe. Comelnya tengok tangan dua-dua terawang-awang. Dari mata diorang macam tengah kata, 'mama... nak dukung! takmo baring...'


Imran jadi tumpuan jugaklah malam tadi. Maklumlah, anak mama ni pantang ditegur terus senyum, sengih. Menyengih aje. Lepas tu tak kisah dengan orang. Sesiapa pun boleh dukung dia. Tu yang orang geram tu kot.


Biasalah bila dah berkumpul ramai-ramai ni, lamalah kami kat sana. Bertolak balik pukul 11 malam. Aku tumpang kereta ayah balik Cheras sebab hubby kena pergi ke Shah Alam balik uruskan kedai dia. Kesian hubby. Penat memanjang. Apa boleh buat. Bisnes baru mula, memang perlukan komitmen yang tersangat tinggi.


Imran tertidur dalam kereta atuk dia. Sampai Cheras dalam pukul 12 malam. Aku terus bawak Imran yang sedang lena ke bilik tidur. Elok aje aku letakkan dia atas tilam, terus matanya terbuka luas. Hadoi. Dia dah jaga balik. Cepat betul. Aku yang sedang kerimasan sebab tak mandi lagi terpaksa pujuk dia tidur semula. Tapi tak jalan. Nasib baik adik aku ada. Biar dia jagakan kejap sementara aku mandi.


Lepas mandi, aku tengok Imran masih belum tidur lagi. Auntie dia tengah sibuk melayan dia. Aku buatkan susu untuk dia. Habis sebotol, matanya still buntang. Mungkin dah terover stimulate kot masa kat rumah Mak Ngah tadi. Sampai susah dia nak tidur. Aku dukung dia, dodoikan dia dengan lagu ritual dia untuk tidur. Mula-mula lagu twinkle twinkle little star. Lepas dia dah relax sikit, dah tak meronta-ronta, aku nyanyikan pulak lagu Rock a Bye Baby. Mamanya la yang jadi rocking chair! Lepas tu lagu Lullaby. Tak hafal lirik so banyak humming aje la. Last2 dia tertido. Alhamdulillah. Lepas tu aku lak tido. Time nak bangun pagi beratnya mata aku. Sampai la sekarang ni!
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!