Tuesday, December 18

Congratulation!

Semalam dapat berita yang adik sepupu dah selamat lahirkan 1st baby. Terkejut jugak sebab EDD dia 28/12/2007. Tup-tup terawal dua minggu lak. Kazen ni kerja kat Terengganu tapi dia check-up kat Damansara Specialist. Kebetulan masa dia check bp dia naik mendadak. Terus doktor suruh bersalin semalam. Padahal sepanjang dia pregnant memang expect lahir normal. Tetiba kena c-section pulak.

So, semalam after kerja aku pun pi la ziarah kazen aku tu. Letih aje aku tengok. Ye la, baru 5 jam bersalin. Operate lak tu. Isk sure sakit kan? Aku memang ngeri sikit bab-bab operate ni. Alhamdulillah time lahirkan Imran dulu normal. Tapi kena vacuum la. Kazen aku cerita masa check fetal heart tu baby dia punya jantung slow aje. Doktor takut terbelit tali pusat. Tu yang cepat2 operate tu. Alhamdulillah semuanya selamat. Anak dia putih! Rambut lebat! Berat dalam 2.68kg. Mungkin kalau masa EDD berat lagi la kot.

Well, congratulation to you my dear, and welcome to 'Kelab Tak Tidur Malam'... hehehe
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!