Tuesday, December 18

Angin?!

Minggu ni masuk 18 minggu usia kandungan nombor 2 ni. Hari ni badan sakit-sakit. Sebenarnya dari semalam badan sakit-sakit. Semacam je rasa. Sakit kat pinggang dan belakang. Rasa macam nak putus dua badan ni. Huhu...

Bila pikir2 balik, rasanya dah tau apa sebab sakit2 ni. Ni semua gara-gara buah NANGKA yang aku makan kat rumah MIL. Aku memang suka makan buah. Nangka tu pulak baru masak, ambik dari pokok yang FIL tanam depan rumah. Geram tengok cik abang makan nangka sejuk2 baru keluar dari peti ais. Hisy tak boleh jadi ni. Takpe takpe nak rasa seulas je. Bila dah start makan, memang susah la nak stop. Dah la manis2 buahnya. Last2 nak dekat habis jugak la satu mangkuk buah tu.

Balik rumah, malam tadi badan dah start sakit2. Duduk serba tak kena. Tidur pun tak berapa lena sebab tahan sakit. Bangun pagi jalan slow je. Pinggang dgn blkg sakitnya Ya Allah tuhan je tau. Tak pernah2 rasa sakit macam ni sepanjang pengalaman mengandung. Angin dalam badan dah berdentam dentum hentam dinding perut. Akibatnya aku cirit birit tiap kali lepas sumbatkan apa2 dalam mulut. Huhu...

Ingatkan nak pi jumpa doktor minta mc sebab dah tak tahan dengan keadaan skrg ni. Tapi bila pikir2 balik start esok aku cuti panjang sampai Krismas, terus kenselkan aje. Nanti cuti ni nak rest puas2. Yeah!
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!