Monday, January 21

Seminggu Yang Panjang

Ah... finally aku masuk office balik. Seminggu aku cuti. Bukan untuk berseronok. Sikit pun tak. Seminggu yang cukup panjang untuk buat hati aku sentiasa risau.

Last Friday aku ambil cuti. Imran demam. Dah seminggu sebenarnya. Itu yang buat aku risau. Demam tak kebah-kebah. Selsema makin teruk. Hidung sentiasa berair. So aku ambik keputusan nak bawak Imran pi jumpa pakar.

Sabtu
Aku and hubby bawak Imran ke SMC jumpa paed. Bila check, suhu badan Imran normal.Padahal badannya panas Ya Allah, tuhan je tau. Kita yang peluk dia ni pun berpeluh sama. Doktor dah kata, something's wrong... aku dah risau dah. Doktor suruh admit. masuk wad. Lagipun Imran asyik muntah2. Nak makan ubat pun susah.

Bila pi kat kaunter admission, deposit yg kena bayar RM2500. Huiyo. Mana la kami ada duit banyak tu. Masa ni la rasa menyesal coz tak amik insurans. Cancel admit, minta ubat kat doktor.

Lepas pi SMC, kami tak puas hati. Pi pulak HUKM. Tapi kena masuk kat emergency je. Outpatient. Doktor amik darah. Kata normal. Nothing to worry about. Lega sikit rasa walaupun ada ragu2 sikit.

Balik rumah, terpaksa bagi Imran makan ubat guna sudu coz kalau guna syringe dia memang for sure akan muntah. Banyak pulak tu. Tak sampai hati aku.

Selasa
Demam Imran tak kebah lagi. Bagi makan ubat ikut time. Ubat dah la 5 botol. Aku tengok pun tak lalu. Last2 kami bawak Imran ke HUKM balik. Minta jumpa paed. Diorang kat sana tak bagi. Kena ada surat doktor. Rerupanya surat yag kitorang dapat tu untuk refer sebagai outpatient aje, kalau doktor kat emergency tu kata kena jumpa pakar, baru la boleh jumpa. Macam tu pulak ek. Kalau doktor yang kat emergency tu betul2 pakar takpe jugak. Ni M.O biasa. Boleh ke dia detect yang ada something yang tak kena dengan anak aku ni? Bengang gak masa tu. So aku cakap kat hubby, kita pi Darussyifa je la.

Pi Bangi. Sesat jugak la cari Darussyifa tu. Bila dah jumpa, orang tu rasa belakang telinga Imran. Ada kelenjar katanya. Dia kata, ni kelenjar sawan. Budak kalau demam kuat memang naik kelenjar ni. So dia bagi air penawar, minta supaya mandikan guna air tu untuk 3 hari. Mandi selepas Asar sebelum Maghrib. Pastu guna gak air tu masa buat susu. Pagi2 katanya, masa mulut kita ni penuh air liur basi, letakkan ibu jari kat lelangit, baca alFatihah dengan selawat 3 kali, pastu sapu kat belakang telinga anak. Insyaallah baik. Seelok2nya guna air liur bapak.

Malam tu, kami pi pulak klinik panel kat Cheras. Doktor nak buat blood test. Aku tak bagi coz Imran baru je buat blood test Sabtu lepas. Lagipun ni doktor biasa, bukan pakar. Aku Tak berapa sedap hati sangat. Pastu doktor bagi pulak ubat lagi. Another 5 bottles. Argh. Aku takmo bagi dah. Kesian gila kat Imran. Pastu doktor ni taknak pulak bagi surat untuk rujuk pakar kat HUKM. Bengang gak aku. Macamana la dia boleh berani bagi lagi ubat padahal dah lebih seminggu Imran sakit. Setahu aku baby kalau dah lebih seminggu demam memang bahaya.

Khamis
Aku decide nak bawak Imran pi jumpa doktor pakar. Kakak ipar suggest Kajang Plaza Medical Centre. Honestly aku tak pernah dengar pun nama hospital tu. tapi pi aje la. Tawakal. Jumpa doktor. Macam2 dia tanya. Last2 dia kata, terpaksa jugak ambik darah coz macam ada benda tak kena bila demam dah masuk 12 hari. Bila bagitau yang dah buat blood test hari tu and the result is normal, dia kata, mungkin normal bagi doktor tu tapi tak bagi saya. Lagipun tu doktor utk outpatient. So kami ikut aje la. Dia pakar. Dia tau la.

Bila dah buat test, resultnya teramat lah mengejutkan. Rupanya sel darah putih Imran tinggi sangat. Normal punya range 4.00 - 11.00. Tapi Imran punya 21.4! Tinggi gila! Doktor kata maknanya dalam badan dia still ada infection and sel darah putih tu terhasil untuk lawan penyakit dalam badan dia. Doktor siap tunjuk gambar2 dari laptop dia. Macamana rupa sel darah merah, sel darah putih.

So doktor kata kena la amik urine test pulak. Aku suruh doktor yang amikkan. Kang kalu amik sendiri takut tersilap. Lain pulak jadinya. Doktor pun inject la perut Imran, ambik air kencing dari pundi kencing. Nasib baik ada air kencing. Kalau tak, kena pulak masukkan tiub dalam bird dia. Huish, mesti sakit kalau macam tu.

Lepas tu, doktor bagi injection antibiotik. Aku prefer doktor inject coz nak bagi makan ubat memang payah. Asyik muntah je. Sampai dah susut badan Imran asyik muntah. Antibiotik kena bagi 3 hari berturut2. Maknanya kena la jumpa lagi doktor Jumaat and Sabtu. Urine test pulak resultnya Rabu ni. Kalau negative, alhamdulillah. Tapi kalau positive, kena pulak check buah pinggang etc. Ish... harap2 negative la hendaknya. Tak sanggup aku baby sekecik ni nak dibuat macam2 test.

Malam tu Imran banyak kali bangun meraung. Bagi susu takmau. Pujuk2 lama sangat baru dia tidur balik. Agaknya dia trauma coz banyak kali kena cucuk. Tapi alhamdulillah, lepas cucuk antibiotik, demam dah takde. Suhu badan terus turun. Syukur sangat2. Cuma selsema dengan batuk tak hilang2 lagi.

Sabtu
Injection antibiotik yang terakhir. Pagi tadi masa lepas mandikan Imran, aku detect ada putih2 kat dalam mulut dia. ya Allah. Apa pulak kali ni. ada fungus pulak. Doktor bagi ubat titis dalam mulut.

Hari ni kami tak pi KPMC. Tapi pi terus kat klinik doktor pakar tu. bayarannya? jauh lebih murah. pakar pulak tu. so kami decide, lepas ni jumpa terus lah doktor tu kalau apa2 hal. Takyah ke SMC, KPMC or whatever private MC lagi.

Isnin (Today)
Aku dah masuk kerja dah. Malam tadi 1st night tidur Shah Alam lepas seminggu dok rumah mama. Malam tadi tepat pukul 3 Imran bangun. Meraung. Risau aku. Bacakan ayat Kursi, bagi dia susu, alhamdulillah terus dia tidur. Masa aku nak pi kerja tadi pun dia still tidur. hari ni hubby jaga Imran. kami ada terpikir takmo dah hantar nursery sekarang coz ramai sangat baby yang diorang jaga. Staf sikit. Baby pulak aku tengok sentiasa ada yang demam, selsema. Pastu terbiar hingus meleleh, Takde siapa pun lapkan. Isk. Agaknya dari situ la anak aku berjangkit dapat sakit.

Ingat nak hantar ke nursery yang elok sikit. Tapi yurannya pun 'elok' la kan. Masalah budget pulak. ya Tuhan... kalau lah aku mampu untuk berhenti kerja dan jaga anak sepenuh masa, kan best.

Result urine test Imran Rabu ni. Hopefully resultnya menggembirakan dan melegakan kami. Lepas ni mungkin kena buat blood test lagi sekali untuk tengok samada sel darah putih Imran dah normal atau tak. Normal la harapnya! Amin!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!