Monday, August 18

Jurnal EBM 180808

Pagi tadi before pi kerja Irma dah menyusu dulu. So breast rasa kosong je masa sampai ofis. Aku decide kena pam lambat sikitlah. Biasanya pukul 8 am dah pam tapi ahri ni aku pam pukul 9am.

Nak dekat2 tengah hari, orang maintenance pulak datang. Nak install kipas kat surau, pastu buat wiring bagai. Allahuakbar. Habis la port aku nak ngepam! Macamana neh?

Masuk waktu Zohor, kerja2 wiring belum menunjukkan tanda2 nak habis. Ayyo. Sembahyang pun kat kaunter lama. Kaunter lama ni dah tutup. So takde org kat situ. Tapi nak ngepam tak sesuai sebab orang yang keluar masuk ofis boleh nampak kita yang duduk kat kaunter ni.

Nak dekat pukul 4pm, ahhh takleh jadi. Breast aku dah membengkak. Takkan la tak pam? Macamana dgn stok susu aku? Sure terjejas punya. Itulah... weekend sudah takmo pam. At least takde la cuak sgt bila jadi kes macam ni. Hisy. Jenguk bilik bos, kosong. Tanya kat PA bos. Bos takde. Jumpa bos besar. Chantekk! Sure lama dia jumpa. Aku nak pinjam bilik dia dalam 15mins aje. Akak PA setuju. Dia guard bilik bos, aku ngepam kat dalam.

Cuak punya pasal, tak sampai 10 mins je aku dah selesai.

So, collection susu untuk hari ini:

Pagi (9 am): 4.5 oz (sikit je... huhu)
Ptg (4 pm): 7 oz
Total supply: 11.5 oz
Demand: 16oz

Huhu. Padan muka aku. Kesimpulannya, JANGAN MALAS! Weekend tu banyak gila masa terluang. Silalah mengepam sementara Allah kurniakan banyak susu ni.

Oh, another thing yang buat aku risau ni. Kenapa bila Irma hisap breast belah kiri, asyik rasa sakit je ek? Sakit ya amat. Sampai aku terpaksa stopkan penyusuan belah kiri and continue belah kanan sebab tak tahan rasa sakit. Aku tahu nanti supply utk belah kiri akan tak berapa balance dgn yang belah kanan. But I just can't stand the pain. Teruk kan aku ni? Nak kata position aku salah, aku rasa betul dah. Rahang Irma pun terbuka luas. Cuma makin lama makin kecik pulak rahang dia. Nape Irma buat gitu ek? Ada sesiapa yang boleh bantu?
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!