Dah beberapa hari Irma selsema. Susah nak bernafas. Selama ni dia tidur meniarap. Lena. Tapi disebabkan selsema ni, terpaksa tidur terlentang. Irma tak suka. Sekejap2 terkejut, bangun, menangis.
Dah beberapa hari tidur aku tak lena. Risaukan anak sakit, pastu susah pulak nak pujuk Irma tidur. Mata aku dah start jadi mata panda balik. Sempena dengan Olimpik China sekali la kut. Hehehe.
Aku terpaksa tidurkan Irma dengan ampuh dia dgn lengan aku. Dapat la dia lena dalam setengah jam ke sejam. So takat tu je la aku dapat tidur. Irma selsema, so susah dia nak menyusu. Tak cukup nafas. Tercungap-cungap dia. Kesian aku tengok. Nak sedut hingus dia tapi aku tak reti guna nose syringe tu. Takut pun iye. Macam sakit aje. Pastu, lepas minum susu je dia muntah. Kalau setakat muak susu tu takpe. Ni tidak. Satu isi perut dia muntah. Kesian sangat.
Aku ngadu kat hubby, kesian Irma susah nak bernafas. Malam ni Insyaallah nak bawak Irma pi klinik.
Irma sayang, mama doakan Irma cepat sembuh ye. Biar dapat minum susu puas2. Biar tidur lena2. Mama pun boleh tidur lena sama. Hehehe.
2 comments:
salam mama irma...
takpe..gun je nose syringe tu..tak sakit. Insya Allah..sebab saya gunakan kat anak saya, dia siap bg hidung lg..n hembuskan hingus dia..tp kena kita buat la baru dia nk buat..
anak kalo selsema mmg susah nk bnafas. nak nyusu pun susah nnt.
p/s: i link your blog 2 my blog yea...
ismahani,
ye ke? nak cubalah nanti. takut nak guna sebab takut bb terkejut ms kita sedut hingus dia tu nanti. huhu.
tq 4 ur advice.
saya link ur blog too ok?
Post a Comment