Hari ni last day kerja before cuti raya. Mama ambik cuti sampai 10hb! Hamik ko! Lama gile.
Takde mood nak buat kerja hari ni. Mama ngantuk masa key-in data dalam sistem. Siap dah nak tertutup dah mata. Boleh?
So untuk hilangkan ngantuk tahap gaban ni, mama tulis-tulis la sikit dalam blog.
Lunch hour karang Auntie Nina ajak mama temankan dia pi salun. Dia nak inaikan rambut. Wah rambut raya laa.. mama teringin juga nak inaikan rambut tapi mama takut la. Nanti rambut rosak tak? Dah la rambut mama memang rosak. Bertambah rosak pulak nanti.
Semalam lepas berbuka mama dengan abah pi SACC nak cari baju mama. Rupanya kat sana ada baju yang mama cari selama ni. Gini, mama dgn abah decide nak kita satu family sedondon tahun ni. Mama, abah, Imran, Irma semua pakai baju yang sama kaler and kain. Abah, Imran dgn Irma dah ada dah. Tinggal mama je belum sebab kedai kat Putrajaya tu dah habis stok. FYI, harga baju mama tu RM110 after diskaun.
So semalam mama tanya la orang kedai kat SACC tu, berapa harga? Dia kata RM250! Huuu mahalnya. Memanglah brand baju tu terkenal, jahitannya cantik, kain pun best. Tapi to spend RM250 on this, mama rasa macam membazir. So abah cakap la kat Alamanda harganya RM110 aje. Takleh ke dapat diskaun kat kedai dia? Terus makcik tu melenting bagai nak rak.
"RM110? Biar benar! Kat sini pun bagi diskaun RM20 je (Jadi RM230 la). Kalau Kat Masjid India pun kitorang tak bagi banyak ni. Kat Alamanda lain, sini lain..." sambil buat muka tak puas hati dan ada sikit mencebik. Pastu siap suruh staf dia call orang Alamanda. Tapi call tak dapat pulak. Konon2 je call tu. Bukannya dia call betul2 pun.
Wah. Garangnya orang ni. Nak bisnes ke hape? No need to be that garang laa. Mama belek-belek kejap baju tu, then decide tak jadi nak beli la. Not worth it. Ditambah pulak dengan attitude penjual tu. Cara dia cakap, macam seolah-olah mama dengan abah ni penipu. Try nak tipu dia semata-mata nak dapat harga murah. Hello... bukannya tak mampu oke. Kalaulah dia layan mama dengan abah elok2 mungkin mama beli jugak baju tu. Tapi sebab tetiba je dia melenting bagai nak rak, pastu suara kuat gila sampai gerai2 sebelah pun boleh dengar suara dia, mama pun cancel lah.
Mama pun berlalu dari kedai tu dengan hampanya. Air mata mama nak menitik. Hampa sangat. Baju yang dicari dah jumpa tapi mahal dan ditambah pulak dengan faktor attitude pejual yang kureng. Mama nak sangat2 baju tu. Huhu. Bolehlah kita satu family sedondon. Tapi mama tak nak bazirkan duit gini banyak. Beza RM140! Macam-macam mama boleh beli dengan RM140.
Abah pujuk mama. Abah kata biar dia top up duit so mama boleh beli baju tu. Mama kata mama tak nak membazir. Lagipun duit tu boleh guna untuk beli bateri kamera, gantikan bateri yang dah rosak tu. Boleh ambik gambar pagi raya. Abah kata, apa guna boleh ambik gambar tu kalau nanti rasa nyesal sebab tak dapat pakai baju tu. Huhu.
So, Insyaallah kalau ada lagi baju tu tengah hari ni, mama akan rembat baju tu! Abah pesan suruh mama campak je duit kat muka makcik garang tu. Hahaha.
I love you, abah!
UPDATE
Mama tak sempat nak pi SACC lunch hour tadi. Kan mama ikut Auntie Nina pi salun. Mama pun gunting rambut sekali. Siap cuci rambut, blow. Ahh.. best... haha. Sampai ofis pun nak dekat pukul 3! Tak senonoh mama ni. Haha.
7 comments:
takper lah Zety,bukan rezeki tu...mana tau jumpa baju yg lebih cun melecun....
ok gak u blah jer....penjual ting tong macam tu tak usah dilayan
hartam jadah tul kalu org meniaga cenggitu....sah2 la melayu tuh...aku heran la kalau melayu nih kan...bab2 service nih mmg tak ambik berat langsung...kite nih pelanggan...tp buat cam pemintak sedekah je...mungkin sbb malaysia nih melayu punye kot...sbb tuh derang buat suke2 hati jerk.....aku slalu sgt kene cenggini..mmg aku takkan bli punye la...
selamat hari raya zety..
laaa... zurai ke... hehe... puas aku dok pikir sapa laa ms tepung nih. hehehe
bila nak kawen nih?
jgn lupa jemput makan nasi minyak hokey
Akak klu atitude penjual tu gitu..mang terus blahla..malas nak layan...
Salam Kenal dari akak n family...
SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRI,
IhKlAs DaRi:-
aQiLaH NaJLa BaHaRoN IsKaNdAr & Puteri1 (MaMa aQiLaH) & Yon (PaPa aQiLaH)
zety, ko telah di tag
sila ke opie5662.blogspot.com
hello.. saya jual snugg diaper change clutch. check it out!
Post a Comment