Thursday, September 25

Selamat Hari Raya

Assalmualaikum

Memandangkan ada di antara kawan-kawan mama yang akan mula bercuti raya esok, mama nak wish semua kawan-kawan mama Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Mama mohon maaf andai ada terkasar bahasa, terguris hati, atau terasa apa-apa, kot-kot ada yang mama tulis dalam blog ni yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Blog ini hanyalah tempat untuk mama berkongsi rasa, luah perasaan dan pendapat sendiri. Kalau ada yang tak kena di mata atau di hati, mama minta maaf ya.

Balik kampung nanti pandu berhati-hati. Raya nanti jangan makan banyak-banyak sangat. (Ingatan untuk diri sendiri - mama turun 4 kg sepanjang puasa ni). Untuk ibu-ibu bf, makan lemang jangan banyak sangat ye, nanti angin. Hehe.

Ok. Selamat berhari raya, selamat cuti panjang, selamat ganti puasa nanti. Hehehe.
.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!