Tuesday, October 14

Eidul Fitr 2008: The Chronology

Ahh… akhirnya mama dah masuk balik ofis setelah cuti raya selama dua minggu.

Progress pumping? Mama pumping dua kali aje sepanjang raya ni. Tak senonoh betul. Stok dah makin kurang dan production pun agak merudum. Pagi tadi mama pam dapat 6oz je. Biasanya 8oz. Masa lunch hour pulak mama dapat 4oz. Biasanya 5-6 oz. Hm… salah sendiri.

Apa nak cerita pasal raya ni ek? Oh ok. Kita mulakan dengan baju raya. Akhirnya mama beli jugak baju raya tu. Harganya RM200 lepas diskaun. Jadi la. So pagi raya kita satu famili pakai baju sedondon. Mama, abah, Imran, Irma semua pakai baju yang sama. Ada ambik gambar tapi nanti lah mama upload ye. Memory card reader sudah hilang entah mana so nak copy gambar ke PC tu amatlah malas.

Pagi raya kita beraya dengan atuk, nenek, auntie baya dan auntie adik. Lepas tu kita ke 'kampung' kita kat Jalan Klang Lama. Lepak-lepak kat situ.

Raya tahun ni kebanyakan sepupu mama beraya dengan mertua so kampung kita sunyi sikit lah. Petangnya kita ke Klang, rumah Nek Long sepupu Atuk. Nak dekat Maghrib kita bertolak pula ke Shah Alam, pi rumah Nek Bee dengan Atuk Yem. Lepak kat Shah Alam sampai malam.

Raya kedua, kita ke Jeram, kampung belah abah. Memula kita singgah rumah sedara abah. Mama tak kenal sebab sedara jauh. Kemudian kita ke rumah Onyang Chik kat Jeram. Sampai2 dah tengah hari. Sangatlah panas kat sana. Imran dengan Irma berlengeng je kat sana. Buka baju, pakai diapers aje. Hehe. Mama pun berpeluh gila masa kat sana. Imran & Irma siap tukar baju kat sana.

Lepas mengeluarkan peluh sebaldi kat Jeram kita bergerak ke Klang pulak. Rumah Wan Long, kakak kepada Mak Wan. Masa kat sana Imran sibuk nak main bola dengan cousin. Kemudian kita gerak pulak ke rumah cousin abah. Sekejap aje kat sana sebab datang sana pun main terjah aje so diorang takde prepare food.

Raya-raya seterusnya, kita pi rumah Tok Su kat Hulu Langat, rumah Tok Ngah kat Kajang. Kemudian hari Isnin kita pi Seremban, lepak sana sampai hari Khamis. Pagi Khamis kita balik Cheras. Mama drop Imran dan Irma kemudian mama dan abah terus pi Shah Alam, kemas rumah kita. Fuh penatnya Tuhan aje yang tahu.

Hari Jumaat mama dan abah ke Shah Alam sekali lagi untuk kemas rumah. Khamis kemas bahagian bawah. Jumaat kemas bahagian atas. Mop lantai dua round. Tapi lantai still tak berapa bersih. Huhu.

Hari Sabtu, kita ke Jalan Klang Lama lagi sekali sebab Nek Jah buat open house. Siap pasang khemah dan ambil catering gitu. Sekejap aje kat sana sebab dah janji dengan Mak Wan nak ke rumah Tok Ucu kat Shah Alam. (Abah ada ramai sedara kat Shah Alam). Makan macam-macam Sabtu lepas. Memula kat rumah Nek Jah makan nasi beriani dan juga kek coklat. Kat rumah Tok Ucu makan roti jala, ketupat rendang dan desert kuih sagu (macam lompat tikam, makan dengan santan dan air gula). Kemudian gerak pula ke rumah Wan Ngah kat Seksyen 17. Makan goreng pisang aje. Kes terjah la ni. Tapi masa tu pulak hujan lebat. Sangatlah syok makan goreng pisang. Lepas tu gerak pula ke rumah Mak Lang kat Seksyen 20. Pun makan kuih aje. Kemudian
kita gerak ke Putrajaya, rumah mertua Mak Yang. Makan sate, laksa dan spring roll yang sangat sedap. Burp! Kenyang yang amat mama Sabtu lepas.

Hari Ahad (malam tadi), kita balik ke Shah Alam. Angkut semua baju. Sampai je kat rumah, jiran sebelah kita jemput pulak datang makan-makan. Malunya la.. mama pakai t-shirt buruk je. Hehe. Lepas balik semula ke rumah, mama tolong abah kemas barang sikit2. Tapi belum habis kemas lah. Rumah macam tongkang pecah malam tadi. So mama dan abah decide, kita tidur bawah aje lah untuk sementara, until rumah dah betul2 kemas dan selamat diduduki. Hehe.

Well itu lah kronologi peristiwa yang berlaku sepanjang cuti raya ni. Cuti kemain panjang tapi takde pun berjalan ke mana sangat.

Hm, mama & abah cadang nak buat open house. Tapi bila mama dan abah duduk sambil mengira-ngira jumlah jemputan, huhu… ramainya. Iye lah, cadang nak jemput sedara-mara, officemate, kawan-kawan dan jugak jiran.

Sedara-mara = 111 orang (bayangkan betapa ramainya sedara kita)
Officemate = dalam 50 orang tak termasuk husband/wife dan anak-anak
Kawan-kawan = Ni tak yah cerita lah. Memang ramai.
Jiran-jiran = Kita ni pindah rumah baru, so kena la ajak jiran-jiran, kenal-kenal kan. Lagipun jiran-jiran kita ni selalu jugak jemput ke kenduri/house warming/open house. So, segan lah kalau tak jemput.

So, silalah kira sendiri berapa agaknya jumlah jemputan (assumption: semua yang dijemput hadir ke open house kita). Mungkin around 300-400 orang kan?

Huuu… kalah kenduri kahwin! Abah pulak takmo amik catering, prefer masak sendiri. Bayangkan kalau mama, nenek, mak wan kena masak untuk 400 orang? Huuu mau pengsan. Mana nak kira sewa khemah, kerusi meja lagi. Pinggan mangkuk lagi.

Cadangan nak buat open house ni masih dalam pertimbangan dan perbincangan lagi. Belum ada kata putus. Tapi mama harap kalau jadi, semua yang mama jemput tu datang lah ye!


Oh ye. Mama naik 2kg setelah 12 hari beraya. Hehehe.
.

3 comments:

starla said...

betuah punye budak...aku sib baik puasa turun masa raya naik sikit, so kiranya dr seblom pose sampai mase raya ade penurunan lah....hehehehhe

alhamdulillah!

Hanie T. said...

oit aku nak datang.sila jemput.

Unknown said...

Izan: aku masa pose turun 4kg. lepas raya naik 2kg. so total=turun 2kg. hehehe.

Umi: aku sampai skrg tgh dok pikir lagi nak buat ke tak open house. dont worry. kalau aku buat sure jemput member2 punyalah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!