Wednesday, September 24

Jurnal EBM 230908 dan Window Shopping

Pagi: 9oz
Tgh hari: 6oz
Ptg: 3oz
Total: 18oz

Alhamdulillah.

Balik kerja, abah ajak mama pi pasar Ramadhan kat Bandar Tun Hussein Onn. Beli popia basah, popia goreng, murtabak, kuih keria, seri muka, air teh bunga. Nenek pulak masak telur bistik, sambal udang semalam, asam pedas dengan ikan goreng asam.

Lepas berbuka, mama dgn abah pi Kajang. Abah nak cari jeans raya. Huiii jem tak yah cerita la... typical Kajang. Haha. Betul ke ayat ni?

Nak cari parking pun Ya Allah! Susahnya. Last-last abah park kereta belakang bangunan kedai. Gelaappp je. Mama jalan sambil pegang baju abah. Haha. Takut maa. Wallet pulak mama pegang kuat-kuat.

Tapi semalam tak beli apa pun. Ye lah, dah malam. Kedai pun dah nak tutup. Nak pilih-pilih jeans pun tak sempat. Lepas jenguk-jenguk kedai jeans, jenguk pulak kedai-kedai baju kurung. Tapi takde yang mama berkenan lah. Nape ek? Mungkin sebab mama dah berkenan dengan satu baju kat Alamanda. Tapi semalam abah tolong tanyakan pasal baju tu, orang tu kata baju tu dah habis!! Huwaa! Sedihnya mama. Kempunan nak pakai baju tu. Nak buat macamana. Huhu. So semalam semua baju nampak tak cantik pada pandangan mata mama ni. :P
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!