Tuesday, September 23

Imran Jatuh Katil

Ohhhh mama lupa nak cerita. Sabtu lepas masa kat Seremban. Masa tu lepas sahur. Mama jenguk Imran kat bilik, tengah lena. Mama letak bantal kat sebelah Imran untuk halang Imran dari jatuh. Mama pergi dapur, nak cuci botol susu Imran. Sekali terdengar Imran menangis. Alamak dah bangun ke?

Mama cepat2 masuk bilik. Tengok2 Imran dah ada kat atas lantai, kepala kat bakul tempat mama letak susu Imran. Hahaha. Rupanya Imran terjatuh katil lepas bergolek2 masa tidur. Mama hadang bantal sebelah kiri Imran, so Imran rolling ke belah kanan, buat corner sikit, then jatuh katil. Hehehe.

Tu lah, anak mama ni tidur lasak betul. Nasib baik tak hempap adik dia. Hihi.

Tidak ada sesiapa yang cedera di dalam entri ini. Imran menangis sekejap je lepas tu sambung tido. Nasib baik kepalanya kena bakul, bukan lantai.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!