Tuesday, September 16

Lulus!

Hari ni mama dapat result induksi yang mama pergi masa bulan Mac dulu. Teringat masa tu, mama tengah sarat mengandungkan Irma. Dah 7 bulan masa tu. Sepatutnya mama takleh pergi tapi mama pergi jugak. Alhamdulillah hari ni mama dah dapat resultnya dah pun. Mama lulus. Yay! Lepas ni boleh isi borang pengesahan jawatan.

Masalahnya, mama sekarang tengah dok kompius nak ambil EPF atau pencen. Yang mana satu yang lagi ok ye? Hm, biar mama buat point mama dulu la kot.

EPF
Kalau ambik EPF, lepas bersara esok hilang dah taraf 'penjawat awam'. Takde privilege kat hospital kerajaan dan IJN. Bukanlah mendoakan diri sendiri atau keluarga sakit, tapi kot2 nanti dah tua2 esok kena pulak ke IJN kan. Mana pulak nak korek duit masa tu.

Tapi in terms of simpanan KWSP, memang banyaklah yang dapat kalau mama kerja sampai pencen esok. Sebabnya ada caruman diri sendiri dan jugak caruman majikan 12%. Mama dah kira2 semalam. Katakanlah gaji mama ni tak naik2 sampai tua (which is impossible), simpanan mama ada la lebih kurang 200k++. Huih banyak tu. Lepas tu mama boleh jugak keluarkan duit tu tiap-tiap hujung tahun untuk bayar duit rumah. Kalau bayar duit rumah in advance, interest jadi kurang sikit.

Pencen
Dapat duit tiap-tiap bulan lepas bersara sok. Dapat separuh daripada gaji terakhir. Kalau ikut kiraan mama, katakanlah mama ni tak pernah naik pangkat atau tangga gaji atau whatever, dan gaji mati mama ialah RM4k++, so duit pencen nanti dapatlah RM2k++ sebulan (sikitnya la kan, kalau compare dgn org keje swasta). Tak tau la zaman tu RM2,000 tu nilainya besar mana. Ntah-ntah around RM200 je.

Kalau opt for pencen, gaji bulanan mama akan up sikit la drpd yg skrg sebab dah tak mencarum kat KWSP. So mama cadang nak gunakan yang 'up sikit' tu untuk simpan kat ASB. Dapat jugak la dividen nya. Kita buatlah potongan gaji setiap bulan so takdelah 'terseleweng' guna duit tu utk tujuan yang bukan2. Hehe.

Lepas tu kalau pencen, nanti ada la ganjaran masa bersara nanti. Kalau gunakan figure gaji mama sekarang, masa bersara sok dapat dalam 100k++ jugak la. Boleh tahan banyak kan? Siap ada pencen bulanan, siap ada privilege kat IJN. Pastu kalau katakan mama dah meninggal esok, anak-anak mama tetap dapat duit pencen mama tu (kalau tak silap mama la). Oh pastu ada gantian cuti rehat. Maksimum cuti rehat ialah 120 hari. So 120 hari tu ditukarkan kepada ganjaran wang. Hooo banyak woo..

Masalahnya, nak ke mama kerja sampai pencen ni? Hari-hari selalu berangan, 'alangkah best nya kalau dapat dok umah jaga anak-anak mama'. Lepas tu boleh la buat bisnes kecik-kecik dari rumah. Tapi angan-angan mama ni takkan jadi kenyataan selagi kita berhutang (except hutang kereta dan rumah). Mama takkan berhenti kerja selagi hutang masih banyak keliling pinggang. Maknanya kalau mama berhenti kerja, means family kita ni dah takde hutang apa-apa lah. Tapi mama tetapppp nak berangan untuk berhenti kerja dok rumah. Haha.

So, agak-agak kawan-kawan mama ni, mampu ke mama kerja sampai pencen ni? Diingatkan ye, once berhenti kerja gomen bermakna no pencen for you. Hangus hangit tau.

Erm... kompius... kompius...
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!