Monday, September 15

Huggies Warehouse Sales

Semalam mama berkobar-kobar nak pi warehouse sale Huggies dengan abah. Nak belikan Huggies untuk Imran dan Irma. Niat dihati, bolehlah nak buat stok sebulan dua ke kan. Sale start pukul 930 patutnya. Tapi mama terlambat bangun sebab malam tadi tidur lambat. Irma meragam lagi. Mama bangun pukul 900. Kelam kabut mama bersiap.

Lepas bersiap mama telefonlah kawan mama, nak tanya katne gudang tu coz mama lupa nak print. Sekali, kawan mama kata barang dah habis! Oh tidak! Biar benar? Takkanlah cepat sangat barang habis? Kata event tu dari pukul 930 sampai pukul 1300? Mama bagitau nenek. Nenek kata, pergi aje lah. Mana tau kot-kot dia keluarkan barang lagi nanti. So, mama pun pi lah jugak dengan abah.

Disebabkan takde map nak ke sana, dan hp mama pun dah takleh call out, maka mama dengan abah pun sesat lah dalam nak mencari gudang tu. Siap berhenti tepi jalan cari public phone. Pusing punya pusing, dalam pukul 1230 kami sampai jugak kat gudang yang tersorok tu. Hampes betul sebab gate gudang tu pun dah tutup dah.

Sedih sangat sebab tak dapat belikan Huggies banyak-banyak untuk anak-anak mama. Bukan apa, situasi kewangan mama sekarang ni amat2lah kritikal. Sekurang-kurangnya kalau beli Huggies masa warehouse sale ni, dapatlah mama beri anak-anak mama barang yang berkualiti pada harga yang rendah. Tak payahlah mama beli diapers murahan untuk anak-anak mama. Sedih sangat tuhan je tahu masa tu. Orang yang takde masalah kewangan mungkin tak paham apa yang mama rasa ni. Ah, malaslah nak cerita pasal masalah kewangan. Bukannya orang boleh tolong pun. Baik cerita/mengadu kat Allah, kan?

Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki untuk kami anak-beranak. Permudahkanlah kami dalam menghadapi dugaanMu. Murahkanlah rezeki kami. Berikanlah kami rezeki yang baik-baik dan halal. Ya Allah, bantulah kami Ya Allah. Kami amat memerlukan pertolonganMu. Berikanlah apa yang terbaik buat kami. Jauhkanlah kami dari belenggu hutang yang semakin mencengkam ini Ya Allah. Tolonglah Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin...

Banyak komen yang mama baca pasal warehouse sale Huggies ni. Banyak kat sini.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!