Tuesday, October 21

Apa Perasaan Mereka?

Hari ni mama baca akhbar Metro pasal baby yang kena buang tepi jalan. Biasanya bila mama baca berita gini air mata mama mesti mengalir. Lebih-lebih lagi kalau baby tu dah meninggal. Kesian sangat kat baby tu. Dan yang tambah menyedihkan, kebanyakan baby yang dibuang ni comel-comel belaka! Kulit putih mulus.

Aduhai.

Takde perasaan ke ibu yang buang anak ni? Yelah, malu tu satu hal, tapi tergamak diorang buang (apatah lagi bunuh) baby yang dikandung sembilan bulan tu? Ya Allah. Takkanlah tak de walau sekelumit pun rasa sayang kat anak diorang tu? Apa perasaan diorang bila tengok anak tu terkulai tak bernyawa kat tangan ibunya sendiri? Ya Allah.

Mama masa mengandungkan Imran dan Irma dulu pun dah mula sayang kat anak mama. Bila lahirkan diorang, tengok wajah bersih diorang, terus hati terpaut. Mencurah-curah rasa sayang kat anak-anak mama. Tak sanggup mama rasanya even kalau nyamuk gigit anak-anak mama sekalipun. Huhu. Demi Allah mama amat amat amat sayangkan anak-anak mama.

Tapi, apa kes dengan orang yang buang anak ni???!! Geram betul rasanya bila baca berita pasal buang anak ni. Kalau kat berita tv tu, lagilah mama sayu. Siap tunjuk gambar mayat baby tu bagai. Biasanya memang meleleh-leleh la air mata mama ni. Aduii...

Entahlah. Mungkin kita tak berada di situasi mereka yang membuang anak ni, maka kita tak paham. Tapi walau apapun alasannya, buang anak bukanlah solusi nya, ok? Percayalah, si ibu akan dihantui perasaan bersalah sampai ke mati.

Sedangkan mama tak berjaya beri susuibu kat Imran pun masih terkilan hingga sekarang, apatah lagi ibu yang suka-suki je buang & bunuh anak. Nauzubillah.

Ya Allah, jauhkanlah aku & keluargaku dari terlibat dengan dosa-dosa sebegitu. Amin...

Maaf, ter emo pulak entri kali ini.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!