Tuesday, October 21

Pening... pening...

Adui.

Banyaknya benda yang nak kena uruskan. Hal open house ni lah.

Ni antara benda-benda yang mama kena buat (atau orang lain tolong buatkan):
- beli pinggan/mangkuk/cawan polisterin
- tempah kuih kat nek bee
- beli air drinking water berbotol-botol [botol 5 liter] (isy.. berapa botol ank kena beli ni ye?)
- tempah khemah
- kemas rumah (arghh... bila la rumah nak betul-betul habis kemas ni?)
- beli almari dapur (untuk simpan segala macam pinggan mangkuk hadiah kahwin. hahaha) - patut ke beli ek?
- beli sudu/garpu plastik
- beli kordial (5 botol cukupkah?)
- beli buah
- meja hidang (meja makan sedia ada ni mebi akan digunakan untuk kerja-kerja dapur macam potong nasi impit ke apa ke *opss pecah rahsia menu ku)

Hm banyakkan benda nak kena buat? Mama bet lepas habis je open house tu sure mama pancit punya lah! Tapi mama WAJIB datang ofis keesokan harinya sebab mama ada meeting. Adoi. Kalu dak boleh la juga amik EL ke kan (ada niat jugak nak tuang kerja sebenarnya hahahaha).
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!