Tuesday, October 14

Mama Risau...

... sebab sekarang milk production makin berkurangan dan Irma pula makin kuat minum.

... mama dah tak rasa bengkak susu. biasanya around 8.30 am mama dah rasa bengkak sangat dan urge untuk mengepam tu sangat2 tinggi. tapi pagi tadi mama pam pukul 10.30 am sebab tak sedar masa berlalu.

... sebab mama baru start hantar Irma ke taska. macamana la agaknya diorang handle EBM. ok ke tak? Irma minum ke tak? before this auntie adik yang jaga so mama memang dah train dia habis-habisan pasal EBM ni. now kat taska, entah macamana cara diorang handle. diorang claim yang diorang selalu handle EBM tapi tah lah. biasalah hati ibu. risau je kalau fikir pasal anak.

macamana ni ek? sekarang ni kalau keluar makan mama akan order air horlicks sahaja demi untuk increase production susu. mama rasa mama kena start makan kurma, minum soya dan air longan juga lah. so far these items memang membantu jugak serba sedikit untuk tambah susu. hm mungkin juga kena masak lobak putih sebagai menu wajib masa dinner.

Ya Allah, permudahkanlah aku dalam mendidik dan membesarkan anak-anakku. Amin...

1 comment:

Anonymous said...

zety, kau kenal hezry kan?
eh, aku sms kau aritu, x delivered la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!