Imran Danish:
1. Imran sekarang sangat suka main bola. Kata abah, cara Imran tendang bola macam ada bakat terpendam aje. Hai... nak jadi pemain bola ke wahai anakku? Kalau nak jadi footballer, main kat kelab-kelab kat Europe ok. Gaji banyak. Wakakaka.
2. Imran juga suka tiru apa yang orang lain buat. Ada sekali tu abah main bola dengan Imran. Abah tanduk bola tu. Imran kutip bola, then letak bola tu kat dahi (konon2 tengah tanduk bola la). Hahahah. Lagi satu event, mama tanya Imran macamana buat 'best'? (thumb up). Mama tanya sambil buat la tanda thumb up tu. Imran ikut. Then mama saja tanya lagi sekali macamana 'best'? Kebetulan masa tu kepala mama gatal la pulak so mama garu kepala. Pastu Imran pun garu kepala sekali. Hadoi. Lagi satu event yang lain pulak, ada sekali tu abah hembus hidung sebab selsema, pastu Imran pun hembus sama, padahal Imran tak selsema pun.
3. Imran juga dah boleh makan benda bersusu tapi dalam kuantiti yang terkawal la. Ada sekali tu kat Seremban Imran asyik makan roti Gardenia, malamnya Imran kegatalan sampai leher merah-merah.
4. Oh sekarang ni Imran pantang nampak orang bersiap-siap nak keluar. Nanti dia yang tunggu kat pintu tu dulu, walaupun masa tu dia hanya pakai diapers sahaja. Kalau orang tinggalkan dia (walaupun hanya nak jemur baju), nanti Imran mengamuk.
5. Imran dah tahu mana mata/eyes, hidung/nose. Kalau tanya mana telinga/ears, nanti dia tunjuk hidung jugak.
6. Kadang-kadang Imran suka geleng-geleng kepala tanpa sebab. Buat iklan Sunsilk la konon. Almaklum rambut Imran sudah panjang.
Irma Adreanna:
1. Irma sekarang ni ada prosedur tertentu untuk tidurkan/tenangkan dia. Mula-mula bf dia dulu. Lepas tu, kalau masa tengah bf tu tetiba dia merengek, maknanya dia nak suruh orang baringkan dia la tu. Kalau nangis jugak, kena meniarapkan dia. Padahal dia tau je meniarap sendiri. Hehe. Kalau tak jalan jugak, kena la dudukkan dia kat pangku atau dukung dia jap. Then try bf lagi. Begitulah cycle nya.
2. Masa bf kan Irma takleh bercakap. Mama kena duduk diam-diam je. Kalau keluar la apa-apa perkataan pun dari mulut mama, Irma akan berhenti bf dan pandang muka mama dengan pandangan yang sungguh blur. Mama akan kata, "oh sorry Irma. ok mama diam", barulah Irma senyum and continue with her bf session. Hihi.
3. Berat Irma masa cucuk 3 bulan hari tu hanya 5.15kg. Naik 2kg aje. Nape ek? Tapi rasanya Irma punya weight gain progress (betul ke ayat ni? semacam je) ada menunjukkan tanda-tanda positif. Sebabnya Irma makin kuat menyusu. Mama kena bagi double effort la untuk increase kan mama punya milk production.
4. Irma sangat suka senyum. Agah/tegur je dia Insyaallah dia akan senyum. Tapi kalau dia terjaga dari tidur disebabkan bising, dia akan buat muka bengang yang amat. Kening berkerut-kerut, pastu mulutnya muncunggg je. Ikut sapa ni la ni? (mamanya lah kan. mama kalau merajuk memang muncung mulut. hahahaha)
5. Ramai orang tegur muka Irma comel. Comel in the sense that muka dia kecik. Hehe. Dapat tangkap tak apa mama cakap ni? Pastu ada la juga beberapa orang kata muka Irma macam anak patung. Mata hitamnya besar. Whatever lah orang nak kata Irma. Irma memang comel, nak buat macamana kan. Hehehe.
Cukuplah update takat ini. Kalau lebih2 orang kata asyik puji anak sendiri kan. Tapi kalau bukan mama yang puji anak mama, siapa lagi?
Peace.
.
No comments:
Post a Comment