Semalam masa ambik anak-anak dari taska, bibik tu report, "Irma bagus hari ni. Minum banyak sekali. Habis semua lima botolnya."
Wah. 5 botol ebm yang dibekalkan habis semuanya ye. Uh. Harus mama kerja lebih kuat lagi ni. Ambil makanan yang boleh tambah susu and increase my pumping session kat office, serta add up pumping session kat rumah pulak. Selama ni mama tak pernah pumping lepas office hour. Sungguh berlagak kan? Tak senonoh.
Hm. Imran after seminggu kembali ke taska - badan dia susut!
Abah ada bagitau mama pagi tadi, hari tu dia datang taska sebab nak hantar botol susu Imran yang tertinggal. Masa tu tengah waktu makan. Abah kata teacher bagi (suapkan) makan dalam satu mangkuk sederhana besar dan kongsi ramai-ramai.
"Berapa sudu je sorang dapat makan. Cukup ke untuk Imran tu?"
Haah kan. No wonder badan dia makin susut. Kalau kat Cheras, Imran makan kaw kaw punya. Satu mangkuk tu dia sorang aje. Imran memang kuat makan. Macam mama dia la. La la la
So pagi tadi mama dah pesan kat teacher Imran supaya bagi Imran makan lebih sikit. Teacher nya angguk-angguk aje. Tapi tak tau lah dia bagi makan ke tak. Ye lah, bukannya nak layan anak kita sorang aje kan.
Tapi yang mama perasan, teacher teacher baru ni kurang friendly lah. Kalau teacher Imran yang lama tu, bila Imran sampai je dia sambut. Siap bagi salam kat Imran, siap suruh Imran lambai-lambai mama, kiranya memang friendly lah. So Imran pun macam seronok je nak pi school. Tapi teacher baru ni bila kita sampai aje, dia cuma kata, "meh kat teacher", amik beg, blah. Bila Imran nangis takde pun dia pujuk2 ke apa ke. Mungkinkah perlu bagitau head teacher nya? Mama lemah sikit bab-bab jadi mat pot ni.
Kan ke best kalau teacher lama Imran ada lagi kat situ. Nak buat macamana. Orang nak sambung belajar. Pi obersi lagi tau. Teacher taska sekarang dasat-dasat.
Uhhh... malam tadi mama penat sungguh. Rumah Ya Allah bersepah yang amat. Mama kemas je Imran sepahkan balik. Mama kemas kat sini, Imran selongkar kat sana. Mama pi sana, Imran haru birukan kat sini. Haiyo. Kalau takat sepahkan mainan dia takpe lagik. Ni dia sepahkan segala macam benda yang dia boleh sentuh. CD dalam almari tv. Barang-barang atas meja makan. Baju yang mama tengah lipat (iye. tengah lipat).
Semalam masa tengah bagi Imran makan bubur (biasanya Imran tak makan malam. Tapi sebab sian tengok dia macam tak cukup makan je, so mama masakkan jugaklah bubur untuk dia), dengan keadaan mama yang penat tu, masa suapkan Imran, dia main tepis-tepis pulak sudu tu. Habis berterabur bubur. Hadoi. Mama yang tengah penat, jadi weng. Terus babab tangan Imran. Imran terdiam. Dia pandang mama sambil urut-urut tangan dia. Aduhai. Sian pulak mama tengok. Tu lah. Tangan takleh dok diam. Kan dah kena babab.
Mama: Sakit tak? Sakit kat mana?
Imran: Urut tangan sambil pandang mama. Mulut muncung. Muka seposen.
Mama: Lainkali jangan noti noti sangat ok. Makan elok-elok. Takmau main main bla bla bla (sambil urut dan tiup tangan Imran)
Imran: Babab mama balik dan cubit! Lepas tu sengih sambil tangan aktif balik capai apa-apa benda yang sempat.
Hadoi la anakku.
Kendiannya, lepas mama makan, maam bagi nenen kat Irma. Boleh pulak terlupakan nasi dalam mangkuk kat atas meja makan. Biasalah nenen mestilah lama. Mama nenen sambil tengok tv. Imran pun senyap aje. Tengah main sorang-sorang la tu. Kendian abah bangun dari sofa, nak ke luar kejap. Tetiba abah kata "Ya Allah Imran! Apa jadi ni?"
Yes, seperti yang korang semua agak, Imran tengah dok main-main nasik putih tu. Nasi putih habis berterabur atas lantai. Tangan kaki baju Imran semua penuh dengan nasi. Hohoho. Ingatkan nak makan nasi tu esok pagi ke apa. Last-last ke tong sampah juga akhirnya.
Penat mama mengutip nasi. Tertonggeng-tonggeng ngelap lantai. Rasa macam cinderella pulak. Owh.
Dek kepenatan yang amat, mama pending kemas rumah, jemur baju, gosok baju dan macam-macam lagi house chores. Huhu.
Harus makan supplement untuk bagi energy ni. Any suggestion?
.
8 comments:
taktahu ker... nursery mmg gaya gitu ler bagi makan kat budak².. sebab tu kalo sorang selsema, semua pun boleh jangkit.. (diceritakan oleh ex-staff nursery ~ ex-baby sitter zulfan)..
dia cakap, kalo beringus pun beringus laaa... lepas suap dia, dia ni plak makan... sodok ingus kat sudu ke hapa ke, lantak ler, janji keje senang... wallahualaaam!!
mungkin ada gak yang senonoh jaga anak² tapi kebanyakkan gitu... better cari bbsitter ler.. sian anak kecik² lagi.. dah besar kit baru laa antar nursery..
just opinion.. peace!
saya prefer hantar nursery sebab takmo nyusahkan org yg kena jaga anak saya (bs). sebab diorang ni ada aktiviti harian diorang sendiri (eg masak, hantar anak pi sekolah, pi bank etc etc).
kalu hantar nursery, teacher tu memang tugas hakiki nya kena jaga budak2.
plus kalu kat nursery saya boleh la nak tegur mana yang saya tak berkenan. kalu bs ni biasanya lebih tua dari kita dan dah lebih dulu makan garam. bila kita tegur karang kata kurang ajar. silap2 kita pulak yang diajarnya.
plus, saya memang tak reti nak tegur2 (read: sound) orang yang lagi tua dari saya. entah le ek.
so, nursery ialah pilihan saya.
but then, masing-masing ada pilihan masing-masing. terpulang. :)
my kids pon hantar nursery. ritu pon saya tengok dorang mkn ramai2, suap sorang2, saya kata kat husband.. mak sedih laa.. huhuhhu.. so, bila balik petang tu mmg saya sumbat mcm2 la kat adam, susu + yogurt + mkn sekali ngan kitorang.. tak pun bagi roti.. nasib la kan..
itulah kan
semalam pun imran mengamuk kelaparan.
last2 saya masakkan bubur.
lepas makan barulah imran tersengih.
kekenyangan agaknya.
saya pun sama.. pagi2 memang paksa adib minum dulu...siap bg bekal takut teacher dia malas masak ke.. tak cukup makanan ke
sbnrya lagi bagus bagi anak kita bfast dulu.. tp my adib tak biasa cam mamanya jgk..so stakat susu je laa
petang memang ku pastikan masak...... beza la time hanto BS dgn playschool..skrg adib dah cekeding skit
ni ngah plan nak pindah school lain lak
saya tak sempat la pulak nak suruh imran minum dulu.
tapi pagi semalam dah bagitau teacher yang imran ni kena bagi makan lebih sikit sebab badan dia dah susut.
petang semalam masa saya amik dia, bibik tengah bagi makan. tapi separuh jalan jelah sebab bila imran dengar suara abahnya terus dia nangis sambil berlari ke abahnya. terus takmo makan dah. haha.
aku rasekan...ko minum jek pearl kacip fatimah.
adik shera slalu minum tu, die kate bagus...mmg menambah tenaga lar.tapi kene amalkan lar...jgn minum tu sebulan sekali jek...minum hari2
yg tak bestnye macam mahal skit.
aku nak gak minum tapi kacip fatimah akan efek pada production susu. nanti susu sikit. si irma dah la boleh tahan banyak minum susu skrg ni.
Post a Comment