Friday, March 5

Lagi Satu Kes Dera - Aku Sakit Hati!

Apa nak jadi dengan manusia ni???


Minggu lepas kes Syafia, semalam kes budak lelaki umur 18 bulan pulak!!!


Sedih masa tengok berita semalam. Enam tulang rusuk patah, hati pecah! Takde perikemanusiaan langsung!


Aku rasa jiran dia tu tengah mabuk todi kot masa buat macam tu kat anak dia. Yang mak budak tu pulak, dah tahu ada kesan-kesan dera masa hantar kat ex-babysitter dia, kenapa hantar lagi ke rumah tu??? Dah ada tanda dah sebelum ni kan. Kenapa hantar lagi??? 


Gilalah. Budak tu baru 18 bulan. Kecik lagi okeh! Kecik sangat! Sayu aku tengok jenazah mangsa. Hensem budaknya. Bayangkan situasi masa dia didera, dipijak, diheret, ditendang. Ya Allah... Mesti sakit yaamat masa dia kena tu. Kesian sangat.


Walaupun bukan seagama mahupun sebangsa, aku tetap rasa simpati kat budak tu, dan bapaknya. Dan macam kes Syafia, dalam kes ni pun maknya ada salah jugak. Dah laki ko kata jangan hantar, janganlah hantar situ lagi. Kenapalah taknak ikut cakap laki. Haih.


Komen En Abah - orang Malaysia ni dah makin ramai yang gila agaknya. 


Huhu.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!