Imran sekarang ni dalam proses potty training. Ini adalah salah satu langkah untuk menjimatkan penggunaan diaper
Aunty Adik yang rajin monitor Imran sepanjang hari. Mula-mula, sejam sekali Aunty Adik akan tanya Imran sama ada Imran nak pi toilet ataupun tidak
Tapi nampaknya sejam sekali adalah tidak sesuai kerana Imran kerap beno terbabas. Maka Aunty memulakan sesi lawatan ke toilet selama setengah jam sekali. So far ada la jugak sekali dua Imran terbabas.
Oh, macamana Aunty dan Nenek pujuk supaya Imran diaperless? Mereka telah menabur janji untuk membelikan spender Ultraman untuk Imran. Walau bagaimanapun, spender yang dijanjikan masih belum ditemui.
Untuk menggantikan spender Ultraman, Nenek telah membelikan spender bergambar bola. Hehehe. Jadilah.
Jadi sempena Imran yang sedang gigih dalam sesi latihan potty, Mama pun tepekkan gambar Imran di dalam undies barunya untuk kenangan :)
Gambar adalah blur kerana Mama sedang menahan ketawa dek Imran yang sakan berposing menunjukkan undies nya :P Tengok, siap ada buat aksi tepi swimming pool lagik! Kalah model seluar dalam! Yang gambar last tu, sepatutnya Imran pandang Mama masa Mama snap gambar, tapi disebabkan Mama asyik tahan gelak je, Imran pun pandanglah tempat lain. Tak koser Ban* nak layan Mama tau!
*Imran memanggil diri sendiri dengan panggilan 'Ban'.
Alang-alang dah tepek gambar di atas (dan transfer gambar dari hp), Mama tepekkan juga gambar-gambar
Gambar ini adalah bukti betapa sukanya Imran dengan Doraemon. Semua Doraemon yang available kat rumah tu dia nak pegang!
Masa ni Imran selim melim. Sekarang (refer gambar 1st) adalah 17kg :) Sila bandingkan sendiri.
Ini pula gambar semasa rambut Imran masih panjang. Boleh buat pokok klapak lagik! Dah rupa girl pulak dah. Macam ninja Jepun ada jugak.
Haaa yang ni pula gambar semasa Hari Keluarga. Gambar di air terjun yang takat betis budak je tu ialah sesi Imran mandi bogel bersama En Abah.
Gambar kedua ialah gambar Irma yang dok tersengih tengok abangnya mandi bogel. Hehe. Gambar Mama haruslah diblurkan kerana sangat comot dan gumuks ketika itu.
Ini pula gambar semasa di Dungun. Petang-petang bawa anak-anak bermain di playground di tepi pantai sambil menikmati keropok lekor. Heaven!
Last but not least, gambar terbaru si anak dara.
Tetap kiut seperti dulu. Saja Mama letak dalam walker supaya senang sikit nak suapkan makanan. Kalo tak, asyik berjalan saje kerjanya.
Sekian updateyang tak berapa latest dari saya.
Last but not least, gambar terbaru si anak dara.
Tetap kiut seperti dulu. Saja Mama letak dalam walker supaya senang sikit nak suapkan makanan. Kalo tak, asyik berjalan saje kerjanya.
Sekian update
7 comments:
kalau jumpa ultraman, habaq mai.. la ni dok jumpa batman & spiderman je.. kekeke..
mak aiii... tgk gambar anak u si imran pakai sepentot tu geram, badan bulat2, kalau ade depan mata memang dah kene gomol2 geget dgn saya! geram!
Ya ampun!!mata auntie ternoda! dengan gambar imran atas sekali tuh..ah ah ah..:P
salam.
just nak tanya pasal baby yang ada komplikasi jantung tu. apa citer sekarang ni ya? ada update?
*Istighfar*
Lucahnya ZZ.... Insaf lah.. Hahahah
CY: Baiklah. Akan diberitahu jika terjumpa.
yaya: hehehe. bulat betol kan anak jantan mak tu?
roza: oh oh aunty silalah pakai eye mo selepas ini :P
ibu zaaz: masih di hospital lagi. nanti kalau ada update terbaru akan saya war warkan
ms lola: oh baiklah :mode insaf (sekejap):
Zety, Imran dah chubby la... Dulu masa jumpa kat Tasik Permaisuri halus je. Ni bulat betul. Sedap je tengok peha dia.
Post a Comment