Wednesday, October 15

Taska Oh Taska

Semalam masa mama jemput Imran & Irma dari taska, teacher bagi report kat mama, kata Imran asyik menangis aje sepanjang hari. Lepas nangis dia tertidur. Bangun tidur nangis lagi. Petang baru ok sikit. Main dengan budak-budak lain.

Irma pulak, teacher kata diam aje. Hm, Irma memang tak banyak ragam. Jarang menangis. Mungkin hasil susuibu kot.

Sampai rumah, mama check beg-beg Imran & Irma. Puting (pacifier) Imran masih elok dalam beg dia. Time tu jugak mama dah dapat detect kenapa Imran menangis sepanjang hari. Dia takleh nak tidur la tu. Takde puting.

Check bekalan susu Irma. Aik, Irma minum dua botol je? Takat tak lapar? Padahal mama dah tulis nota bagitau kat taska supaya bagi Irma susu 3-4 jam sekali. Hm. Diorang terlupa la tu. Agaknya Irma diam aje so diorang assume dia ok.

Hadui. Mama kena bagitau kat teacher la gamaknya.

Malamnya pulak, Imran meragam. Mama jentik-jentik perut Imran. Kembung rupanya! Aik dah besar2 gini pun masih kembung ye? Hm... agaknya Imran tak makan kut petang tadi sebab teacher dia kata dia tidur agak lama jugak. Kepenatan menangis kot. Sian anak mama.

So mama masakkan bubur nasi untuk Imran. Bubur nasi kosong je sebab barang dapur memang habis langsung. Lepas Imran makan nasi, tak lama kemudian terus dia tidur dengan lenanya. Perut dah sedap la tu.

Irma pulak, masa bf agak lama jugak la. Lapar jugak la tu. Kesiannya anak-anak mama. Macam ni la kalau hantar taska. Macam-macam hal. Nak buat macamana kan. Budak-budak lain pun kena diberi perhatian jugak.

Pagi tadi mama sempat tulis nota pendek untuk dibaca teacher kat taska nanti. Mama tulis yang Irma ni jenis senyap, memang takkan merengek kalau lapar. So teacher kena bagi susu bila dia bangun tidur. Ataupun 3-4 jam sekali.

Untuk Imran, mama kata Imran kalau nak tidur MESTI ada Doraemon dan puting. Lepas tu, amam tulis jugak bagitau yang Imran ni agak kuat makan. So kena tanya dia nak makan lagi ke tak.

Masa hantar Imran & Irma ke taska pun mama bagitau lagi sekali benda yang sama kat teacher dan bibik kat sana. Bibik tu kata Irma minum susu tak banyak kali. Mama reply, mama kata Irma ni memang jenis pendiam. Senyap aje. So kena tengok-tengokkan dan bagi susu lah lepas dia bangun tidur.

Masa bagitau yang Imran kena ada puting masa nak tidur, terus teacher dan bibik tu kata "ohh...." Haa maknanya betul la itu puncanya Imran menangis semalam. Tak boleh tidur.

Haii... mama harus buat sesuatu untuk kurangkan dependency Imran pada bantal busyuk dan pacifier dia tu. Macamana ye kawan-kawan? Ada tips tak?
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!