Wednesday, October 15

Happy Birthday To Dearie Me

Happy Birthday to me
Happy Birthday to me
Happy Birthday to dearie me
Happy Birthday to me

Semalam masa nak dekat2 habis office hour, abah call mama bagitau dia lambat sikit.

"Tengah cari hadiah birthday awak la ni." Aww kena bagitau ke? Tak surprise langsung la abah ni. Hihi.

Dalam pukul 5.30pm gitu, abah call mama lagi.

"Ala... tak jumpa la hadiah untuk awak. Tapi ada la benda2 lain." Alah, mama tak kisah la abah. Walaupun dalam hati dah berbunga riang sebab abah belikan hadiah. Hahaha.

Hm...

Ingat tak dalam entri-entri yang lepas mama ada mintak abah belikan PDA phone untuk mama? Rasanya dalam entri ini. Mama main-main aje. Lagipun mama tau abah tak baca pun blog mama ni. Hehe.

Masa abah jemput mama balik kerja, masa mama masuk kereta tengah ada lagu Black Rose - Penantian (kan gua kata gua layan rock kapak? haha). Mama jenguk ke depan (mama duduk belakang sebab kat depan ada car seat Imran) tengok abah tengah pasang CD. Ok lah. Lepas tu, lagu pun habis. Tapi kendian lagu yang sama diulang balik. Tetiba abah kata, "alah.. boringlah asyik lagu yang sama aje.." sambil bagi sebijik handphone kat mama yang tengah dok mengelamun kat belakang ni. Wah!!! Abah belikan mama handphone ke??!!

Mama sangat suka hati. Hahaha. Inilah hadiah birthday paling mahal mama pernah dapat. Sangat seronok.

Tapi yang paling buat mama terharu ialah, abah trade-in handphone dia semata-mata nak belikan mama hadiah birthday. Sungguh touchy... Abah kata, biar dia guna handphone lama mama. FYI, handphone lama mama ialah Nokia 1110. So rasa macam terharu la bila abah sanggup trade-in handphone mahal dia dan sekarang pakai handphone cikai yang harganya RM100++ tu.

Terima kasih abah. I love you so much!
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!