Hari ini adalah hari balas dendam memblogging. Mwahahaha.
Maaf, entri ini ada sedikit adegan kurang menyelerakan. Sila jangan baca kalau nak pi makan atau baru lepas makan.
19 Dis hingga 23 Dis kan abah sepatutnya pi kursus tapi abah pi takat 21hb saja sebab demam. Malam 19hb tu Aunty Izan sampai. Tido rumah kita. Sabtu pagi pi Ikea, makan meatball yang dah lama mama idam-idamkan dan jugak Daim cake itu. Selepas makan Imran uk-uk. Bawa ke baby room untuk basuh poo poo nya. Oh sungguh banyak poo poo mu itu nak oii. Sangat sangat banyak sampai terkena seluar nya. Imran pulak menggaru bon bon nya sebelum sempat mama halang. Maka tangannya juga terkena poo poo. Selepas itu masa mama nak angkat dia pi kat sink, dia pegang pula tudung mama. Maka tudung mama juga ada poo poo. Huhuhuuhu. Sungguh tragis okeh!
Basuh punya basuh, baunya kat tudung mama masih belum hilang. Gawat sungguh. Kat alas tempat tukar nappy pon kena sikit poo poonya! Haiyo! Imran makan apa sampai uk-uk begini banyak? Nasib baik bawak baju extra.
Lepas bersilat berkung fu dalam baby room, berjalan-jalan la jap kat Ikea. Mama beli laundry bag dan plastic container 'tipuware' tu. Alah yang RM15 dapat 17 bijik tu. Kendian pi pulak ke The Curve. Jalan-jalan tengok taman xmas kat situ. Sangat cantik. Mama ada amik gambar dengan Imran tapi nantilah mama upload.
Disebabkan dah lama tak berjalan-jalan gini, mama sekejap je dah rasa penat dah. Fuh. Terus mama ajak Aunty Izan balik.
Malam tu kami makan Burger King dekat dekat Stadium. Yummy. To Aunty Izan, tengkiu sebab temankan aku. Tengkiu jugak sebab tolong-tolong kemaskan rumah yang dah macam tempat kucing beranak tu. Wahahaha.
2 comments:
haru betul ek..dah kene kt montot, kene kat tangan, pas tu kene kat tudung lak..hehehehhe...dugaan sungguh
ye...aku yg menyaksikan dan membersihkan tangan beliau.
Beliau telah melalak tetapi sekejap sahaja.
Post a Comment