Tuesday, December 30

Irma yang kiut miut

Maaf. Ini bukanlah entri membangga diri malahan entri kerisauan seorang mama.

Irma Adreanna lahir dengan berat badan 3.15kg. Cukup besar bagi seorang baby girl. Tapi hingga sekarang, setelah umurnya 7 bulan, beratnya cuma 5.6kg. In fact, masa umur dia 5 bulan pun berat dia 5.6kg jugak. Maknanya, berat badannya tak naik langsung lah dalam tempoh 2 bulan ni.

Malahan sekiranya ada yang bertanya kat mama berapa usia Irma, ramai yang akan serkap jarang sambil mengagak yang Irma ni 3 atau 4 bulan. Dan mereka sangat terkejut bila mama bagitau yang Irma sudah mencecah 7 bulan!

Bukan hanya beratnya yang ringan, saiz badan dia jugak sungguh kiut. Lebih lebih lagi Irma dah boleh duduk dan merangkak, maka Irma nampak seperti anak patung yang hidup. Imagine that!
Last week mama bawa Irma ke klinik, doktor pesan supaya datang lagi ke klinik next month untuk timbang berat badan Irma. Harap-harap naiklah gamaknya berat dia. Bila tengok carta, Irma memang dah dekat line kuning. Huhu.

Mama sungguh risau wahai anakku, despite of you being sooo cute!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!