Tuesday, December 9

Ibu @ Isteri?

Tanggungjawab seorang lelaki - no 1 tentulah ibunya. Walau apapun terjadi, syurga letaknya di telapak kaki ibu. Tiada apa yang boleh ubah itu. Kalau suami ikut cakap ibunya (aka MIL), si isteri kenalah redha.

Memang kadang-kadang ada dilema antara ikut kata ibu dengan logik akal. Tapikan, cuba fikirkan bagi ibu-ibu yang ada anak lelaki ni (termasuk mama), cuba bayangkan kita berada dalam situasi di mana anak lelaki kesayangan kita ni dah berkahwin dgn pilihan hatinya, kemudian bila kita meminta sesuatu/cuba nak bermanja dengannya, anak lelaki kita abaikan kata-kata kita dan ikut cakap isterinya. Sedih tak?

Jadi, sementara MIL kita masih ada, ikutkan ajelah. Tapi kalau permintaan yang tak logik, atau di luar batasan, atau yang boleh mengganggu gugat keamanan/kesihatan kita, cubalah bawa berbincang. Samada dengan suami, atau MIL sendiri.

Sekian bebelan mama.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!