Tuesday, December 9

Entri Raya

First of all, Selamat Hari Raya Aidiladha.

Tahun ni sambut raya di Seremban. Lagipun takde orang kat Cheras. Oh, anyway, last Friday masa abah jemput mama dari ofis sebelum solat Jumaat, abah hulur kat mama satu benda. Abah ni suka surprise mama taw!

Setelah mama buka plastik itu, mama terkujat! DVD Ayat-Ayat Cinta! Owh! I'm touched!

Lepas habis solat Jumaat terus mama dan abah layan itu DVD sekejap sementara tunggu waktu mama masuk ofis balik. Tapi disebabkan kesuntukan masa, makanya kami pause dulu cerita tu then balik aje dari kerja, sambung balik layan DVD, boleh? Haha. End up, kami bersiap nak balik ke Seremban sangat lambat. Sampai Seremban pukul 12++ am okeh!

By the way,

Pendapat mama --> agak mengecewakan sebab banyak yang lari dari novel. Novel lagi best!
Pendapat abah --> best gile cerita ni!

Kat Seremban dipenuhi dengan aktiviti makan. Mak Wan masak ketupat, kuah kacang, rendang ayam dan rendang daging. Mama asyik makan, makan dan makan. Hoho.

Oh ye, pengumuman: Irma telah mencapai satu lagi milestone-nya - dah boleh duduk! Hoye! Sungguh comel sebab Irma ni kecik aje. Nampak macam anak patung yang tengah duduk.

Ada sekali tu, mama, abah, Imran dan Irma lepak-lepak atas katil setelah kekenyangan, Irma yang tengah dok excited nak duduk sokmo ni pun bergolek-golek lah dalam usaha untuk mendudukkan dirinya. Sekali dia duduk, bon-bon dia betul-betul mengadap muka Imran. Dan tiba-tiba saja 'poooot'... Irma melepaskan anginnya kat muka Imran. Kahkahkah. Imran terkejut. Menjerit dia. Terus terbangun, lari kat mama. Cuak gila muka Imran. Mama dengan abah tak tahan tengok aksi Imran dan Irma. Gelak sakan la. Hahahaha. Lawak betul.

Hm... event yang lain pulak, Imran ikut atuk pi kedai. Bila dah balik, tengok-tengok Imran bawak balik bola. Atuk belikan bola untuk Imran. Kata atuk, Imran asyik tunjuk bola, "bola, bola, bola," masa kat kedai. Hihi. Ok la tu. Imran takde mainan masa kat Seremban. Nak main mainan kazen-kazennya semua mainan girl. Dah dapat bola, haaa... makin galak la Imran.

Pagi raya, atuk pi melapah daging kat masjid. Tengah hari tu abah pulak pi beratur amik daging. Tapi kat masjid lain. Abah kata, tahun ni malas la nak melapah.

Balik dari masjid, abah bawak balik daging. Ada laaa sikit. Kata abah, orang awam dapat banyak tu aje. Orang yang melapah banyak gila dapat. Kata abah lagi, muka orang yang melapah masing-masing muka tamak. Huhu.

Bila Mak Wan bukak aje plastik berisi daging tu, Mak Wan terkejut badak. Rupanya, daging yang abah dapat secipuuttt aje. Boleh la nak buat rencah dalam bihun goreng. Yang lain tu? LEMAK yang tak edible langsung! Keji sungguh orang yang bagi daging tu. Untuk diri sendiri kemain berhantu diambiknya. Untuk orang lain, bagi lemak? Siapa nak makan?

Nasib baik atuk pi melapah, dapatlah sikit daging untuk dimasak. Mak Wan buat daging masak kicap. Tapi jangan tertipu dengan nama menunya ini ye. Sebab daging masak kicap Mak Wan da supa da pedas okeh! Lada hitam, cilipadi bahan wajib. Berasap telinga mama makan. Tapi mama suka! Banyak kali mama makan tau.

Dek kerana perut mama ini bukanlah se-sakti perut abah yang suka bangat makan pedas tu, akhirnya perut mama kalah kepada daging masak kicap Mak Wan. Until now, mama dah cir-bir tiga kali. Huhu.

Oh, lupa pulak. Imran dah tambah lagi satu vocab: kentang. Kenapa kentang pulak? Entah. Mama pun tak tahu. Dan Imran ada hobi baru, pusing-pusing-pusing-sampai-pening. Kemudian dia pause, dan cuba berjalan. Haiyo. Pelik sungguh hobimu nak!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!