Petang semalam masa ambil Imran dari taska, teacher nya mengadu, "Imran meludah teacher lepas kena tegur!"
Hah! Meludah? Haiyo. Mama dan abah sangat terkejut. Dari mana la anakku ini belajar meludah? Pulak tu kalau meludah tanpa reason mungkin mama dan abah masih boleh terima, tapi dia meludah sebagai tanda protes lepas kena marah dengan teacher dia.
Balik rumah, mama tak berhenti fikir, dari mana Imran belajar meludah. Fikir punya fikir punya fikir, then mama baru teringat. Agaknya Imran dapat masa mama ajar dia gosok gigi kot? Tapiii... kenapa dia ludah org lepas dia kena marah? Pengaruh siapa ni??? Tak ada dalam family yang buat macam tu. Nak kata pengaruh TV, Imran biasanya tengok Playhouse Disney aja. Mana ada adegan meludah dalam channel tu? Teacher Imran pun ada bagitau tak ada budak-budak lain kat taska yang buat macam tu. Maknanya bukan pengaruh kawan2 dia la.
Anyway, teacher Imran ada report yang Imran dah mula beri perhatian masa teacher ajar flashcard kat dia. Ye lah before this, focus dia sekejap-sekejap ajo. Baru nak ajar dia main. Now dah mula pandai tumpu perhatian. Alhamdulillah.
Hm... malam tadi kami satu family tidur kat living room. Hihi. Imran tidur kat sofa, Irma dalam playpen, mama dan abah tidur atas toto yang dibentang mengadap TV. Tengah malam, Imran terjaga. Melalak bukan main. Biasanya bila disumbat paci atau bagi doraemon kat dia, dia akan sambung tidur balik. Biasanya sebab dia melalak adalah kerana pacinya udah tercampak ke mana-mana tah, atau dia tak jumpa doraemon-nya untuk dipeluk. (Habih tu dah dia tutup mata sambil raba doraemon memang la takkan jumpa kan. haha)
Ataupun biasanya Imran akan bangun dari tidur, gosok-gosok mata kemudian akan cakap, "nak". Maknanya nak susu la tu. Tapi malam tadi dia melalak, melalak dan melalak. Mama dah bagi paci dan doraemon, masih melalak. Mama tanya nak susu ke? Jawapan Imran hanyalah melalak. Tapi instinct mama kata Imran nak susu, so mama buatkan ajelah susu 6oz untuk Imran.
Bagi susu, Imran minum sikit aje then dia terjeluak. Nangis lagi. Mama peluk Imran untuk redakan dia. Imran pun diam. Mama nak baringkan dia balik atas sofa, Imran melalak balik. So mama pangku Imran. Barulah dia diam dan tutup mata untuk sambung tidur. Owhhh... rupanya Imran nak tidur kat atas riba mama. Sayu dan sebak pulak mama rasa. Imran seolah-olah minta dimanjakan. Yelah, agaknya selama ni dia tengok mama pangku Irma, dodoikan Irma sebelum tidur, sedangkan Imran mama cuma tepuk-tepuk sambil nyanyi aje sebab Imran kan dah pandai tidur sendiri. jadi mungkin dia rasa 'rindu' nak tidur di riba, atau didodoikan macam dulu-dulu/macam Irma.
Lepas dah beberapa minit atas pangku, Imran dah ok. Siap minta susu yang mama buatkan tadi. Lepas habis minum susu dia pun tidur semula. Lega hati mama. Yelah, kawan-kawan pun mesti dapat bayangkan betapa risaunya bila anak menangis malam, melalak tanpa henti kan? Siap terbatuk-batuk dan macam nak termuntah sebab menangis lama sangat. So bila dia dah cool down tu rasa legaaa sangat.
Pukul 5.30 pagi Irma pulak terjaga. Oh ye, Irma ni nampaknya dah mula menunjukkan ciri-ciri reverse cycling sebab now dah start bangun sekali-dua tiap-tiap malam. Kalau dulu manade. Tidur dari pukul 11 pm hingga 6am. Tak bangun-bangun.
Lepas nenenkan Irma, mama dodoikan sikit-sikit sambil berdiri. Nampak macam dah lena, nak letak semula Irma dalam playpen. Tapi dia terjaga balik. Dua tiga kali jugak la benda yang sama terjadi. Last-last mama duduk atas sofa sambil dodoikan Irma (sebab penat berdiri). Kalau buat gitu Irma nak tidur pulak. Dodoi punya dodoi, last-last mama tertidur. Celik mata, mama tengok jam dah pukul 7.06 am pagi okeh! Terlajak tidur tak ingat dunia! Kelam kabut mama bersiap untuk pi ofis. Huhu.
Nota: Kawan-kawan, macamana nak nasihatkan Imran bab meludah ni ya? Al-maklum Imran ni kan kurang makan saman sikit. Hihi. Tapi mama dah nasihatkan sebelum tidur (masa Imran antara jaga dengan tidak). Harap-harap lepas ni dia akan berubah dan buang tabiat baru dia ni.
3 comments:
alahai ciannya imran..
zulfan pun camtu skang ni, dah pandai mintak perhatian, tak mahu kita layan adik dia..
anak kawan aku pon macam ni dulu...dia ugut nak cili mulut kalu dia teruskan meludah..tapi anak dia jadi takut and tak mel;udah dah..taktau lah dari segi pshyco nya bagus tak untuk anak
afkarz: tu lah. sian sangat rasanya kat dia. kena bagi perhatan lebih la kat dia lepas ni.
roza: ugut guna cili? boleh jalan ke utk budak umur setahun setengah? hihi. takut karang lagi dia suka makan pedas pulok.
Post a Comment