Wednesday, December 10

Penat Lagi

Mama cepat sangat penat sekarang ni. Lagi2 masa weekdays. Nak kata buat banyak kerja, kerja mama cuma mengadap PC sambil update blog. Kat rumah pun, jarang memasak. kalau masak pun, satu jenis lauk aje. Hm... mari kita senaraikan aktiviti harian mama.

6-6.30 am : Bangun pagi. Nenenkan Irma. Gosok baju. Bersiap.

7.00 am : Masukkan baju kotor dalam mesin. Set delay 10 jam. Siapkan susu Irma dan pam. Angkut handbag, cooler bag berisi pam, cooler bag berisi EBM, beg sekolah Imran dan Irma ke dalam kereta. Angkut Imran dan Irma ke dalam kereta.

7.30 am : Hantar Imran dan Irma ke taska. Breakfast jap kat mapley.

8am - 5pm: Office hour. Plus pumping session, lunch etc.

5 - 5.30pm: Jemput Imran dan Irma kat taska.

5.30 - 7pm: Keluarkan baju kotor budak2 dari dalam beg. Keluarkan botol2 EBM yang kosong, dan pam ke dalam sinki. Botol2 berisi EBM simpan dalam fridge. Keluarkan baju yang baru dibasuh dari dalam mesin. Angkat baju yang dah kering kat ampaian. Jemur baju yang baru basuh tadi.

7-9pm : Mandi (kalau sempat sebab biasanya masak dulu). Masak (kalau ada bahan atau rajin). Atau makan kat luar. Biasanya time2 macam ni Imran dan Irma akan poo-poo. Tukar diapers budak2. Layan TV.

10pm : Tukar diaper Imran dan Irma untuk night time. Tukar baju budak sekali. Mandi (kalau tak sempat mandi masa petang tadi). Basuh dan rebus botol dan pam.

11pm-12am: 'Berperang' nak tidurkan Imran dan Irma. Lepas diorang tidur barulah mama tidur.

Nota: Aktiviti meng-vakum dan mengemop rumah biasanya abah yang buat. Rajin sungguh hubby ku itu. Mama? M.A.L.A.S.

See? Bukannya banyak kerja yang mama buat pun kan? Tapi kenapa rasa penat yaamat dan asyik mengeluh aje ek? And the obvious part is, baju kering/bersih makin membukit-bukit. Konon-konon nak bangun pukul 5 pagi untuk spend masa lipat baju. Tapi asal pegang je handphone, mama tekan snooze. Abh camno? Salah sendiri. Haha.

Sebarang cadangan untuk mengurangkan rasa penat atau menambahkan ke-efisyen-an mama amat dialau-alukan.

4 comments:

Unknown said...

pengurusan baju adalah yang paling meletihkan dan tak berkesudahan.. memang sgt fed-up dgn baju.. byk sgt step die

basuh-sidai-angkat-lambak-lipat-simpan

adoi!! tak terbuat

cysev3n said...

mak lipat baju sambil layan Zeri main..

utk penat, apa kata makan b complex?

Opie said...

buat keje umah mmg memenatkan...lagi2 kalu org keje + keje umah....lg la memenatkan....

Unknown said...

CapT: memang sangat melecehkan dan kekadang membencikan. huhu

Cik Yan: problemnya imran itu suka 'membantu' melipat baju. sambil baju yang dah dilipat tu diambik dan dicampak sesuka hati ke lantai. huhu. penat wooo nak kutip balik. hehe. B complex menambah selera makan kan kalu tak silap? harus dipam-pam badan ni nanti. ekeke.

Opie: memang penat opie. lagi2 kalau tiap2 minggu tak lekat kat umah. takdek masa beb. *alasan orang yg ada big M*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!