Monday, December 15

Entri 4 Hari

Khamis lepas Selangor cuti. Happy Birthday to Sultan Selangor! Jadi mama decide untuk sambung cuti on Friday.


Rabu

Balik kerja, abah ajak tidur kat Cheras. Tapi memandangkan kerja-kerja laundry yang masih berlambak-lambak, mama cadangkan kat abah supaya basuh baju habis-habisan dan hantar ke coin-operated dobi untuk dimasukkan segala baju-bajuan ke dalam dryer.

Mama dah siap-siapkan semua beg untuk dibawa balik ke Cheras.

Setelah semua baju habis dibasuh, maka kami menuju ke dobi tersebut di Seksyen 7. Alamak, dah tutup. Tengok jam, oh, dah pukul 11 lebih rupanya. So pergilah ke blok 12 dekat-dekat situ jugak. Nasib baik buka 24 jam. Abah pi buat kerja-kerja dobi, mama stay dalam kereta dengan Imran dan Irma. Satu mesin 40 minit. Mesin yang available dan tidak rosak ada satu aje. Baju sangatlah banyak, maka perlukan 2 round untuk settlekan semua. Siap semuanya pukul 1 pagi okeh! Oleh itu, kensel balik Cheras malam tu.

Bertolak semula ke rumah. Check punya check, rupanya baju satu hapa pun tak kering. Tanya abah, nape tak kering padahal guna dryer? Abah kata, agaknya masukkan banyak sangat baju kot. Mama tanya lagi, kat mesin tu dia suruh masukkan max berapa helai? 21. Hoh. Patutlah. Baju kami rasanya cecah 100 helai kot? Hahaha. Haiyo abah. Mengapakah tidak mengikut arahan di mesin itu? Adeh. Rugi RM6.

Malam itu mama pakaikan Imran CD second hand baru Imran. Rasanya agak ketat sikit kat peha. Almaklum peha anak terunaku itu boleh tahan besornya. Takpe, esok kita tengok ada merah-merah ka apa ka.

Khamis
Bersiap-siap untuk balik ke Cheras. Mama tanya abah, apa kes baju kita ni? Abah kata bawa balik Seremban. FYI, lepas lepak Cheras sejam dua, kami akan balik ke Seremban pulak.

Owh, baju yang ada 3 plastik besar itu dibawa ke sana ke mari semata-mata nak dikeringkan. Sungguh tragis rasanya. Hahaha.

Budak-budak dibawa pulang ke Cheras tanpa dimandikan terlebih dulu. Sampai Cheras, abah kemas-kemas bahagian porch. Mama pulak, operasi memandikan anak-anak. Buka CD Imran. Wah! Marveles. Kering sangat-sangat inner itu despite of pee-pee Imran yang sangat banyak. Mama report kat abah pasal tahap kekeringan CD tu. Siap paksa suruh abah sentuh inner-nya. Abah pun teruja! "Keringnya! Macam tak kencing langsung!" Lalu mama kenen-kenen abah untuk belikan CD-CD seterusnya akan datang. Wakaka.

Lepas dah kemas-kemaskan rumah nenek ala kadar, maka bertolaklah ke Seremban. Mak Ngah buat kenduri doa selamat. Ada lontong, pulut kuning dan rendang pucuk ubi (feveret mama), kuih-muih.

Imran suka sangat makan popiah goreng dan karipap Mak Ngah. Mama pun suka. Sedap. Mak Ngah ni memang pakar bab buat-buat kuih ni. Paling best donut dan kek coklatnya la. Syedap yaamat uols!


Oh ye, disebabkan CD yang ada hanya seketul, maka mama pun basuh tangan lah. Nak menumpang basuh kat mesin Mak Wan, takut orang lain geli pulak kan. Jadinya mama rendam CD tu dan kendian basuh letak sabun sikit-sikit, gonyoh2 dan bilas bersih2. Betul ke cara mama ni kawan2? Tunjuk ajar ku sifu semua ya...

Jumaat
Pagi, semasa mama nak mandi, maka terjawablah segala persoalan tentang samada mama 'berisi' lagi ataupun tidak. Wah... lega rasanya beb! Hehe.

Dari pagi sampai ke petang ampaian rumah Mak Wan dipenuhi dengan baju-baju kita yang diangkut dari Shah Alam itu. Nasib baik hari tu panas, tak hujan langsung. Kering semua baju. Minta maaf ye mak sebab menyusahkan aje!

Petang Jumaat abah ajak Imran main bola. Semua orang kata Imran ni ada bakat main bola. Ye ke? Entah mama pun tak pastilah. Mana lah mama reti bab-bab main bola ni. Tapi Imran memang suka tendang-tendang bola, dan jarang sangat tendangan/sepakan dia tu miss.

Abah berangan nak jadikan Imran footballer dan main di kelab-kelab Eropah. Huuu takmo la anakku duduk jauh-jauh dari mama....

Sabtu
Hari ni ada jemputan ke rumah sedara Abah di Kapar. Kendian ada pulak housewarming Aunty Nina kat Denai Alam. Makanya kami decide untuk balik ke Shah Alam hari ni. Mak Wan dan Atuk ikut balik. Tidur rumah kita.

Memula pi rumah Aunty Nina dulu. Wah ada lauk kambing seh. Nyum nyum. Abah lepas aje makan nasi, siap repeat ambik lauk kambing. Melampau taww. Aunty Nina juga tempah cupcake. Merasa jugak mama makan cupcake. Kehkehkeh. Imran pulak asyik makan tembikai sampai habis basah-basah baju.

Balik dari rumah Aunty Nina, mama, abah, Imran, Irma, atuk dan makwan pun berangkat ke Kapar. Rumah sepupu Mak Wan sebenarnya. Makan sedap. Siap ada landak masak lemak! Uols pernah makan landak? Ni lah first time mama rasa. Rasa gitu-gitu aje lah. Tak berani nak makan banyak. Tapi, rupanya rasa dia macam rasa ayam! Not bad.

Kat rumah, Mak Wan masakkan kembung masak lemak cili api. Mak Wan yang masak hokeh. Sungguh tak senonoh mama ni. Seperti biasa, da supa da power pedasnya. Hoho. Perut mama makin kurang tahap kesaktian dia lah.

Ahad
Hari ni Mak Wan ajak pi Sg Buloh. Cari pokok. Best gak tu. Rumah kita ni dah la kosong je. Nenek kata, macam orang duduk rumah sewa. Selekeh je. Haha. Orang dok rumah sewa pun tak selekeh macam ni.

FYI, mama pinjam kereta atuk. Yelah, sementelah atuk pi haji, mama tengok-tengokkan sambil meminjam lah kereta atuk tu. Lagipun nak pi beli pokok kan. Sesuailah saiz kereta atuk tu nak simpan pokok. Hehe.

Masa tengah bersiap tu, tetiba abah kata, Imran terperangkap dalam kereta! Kereta atuk ni auto-lock. Lepas 5 saat dia akan lock sendiri. Kesnya, abah letak Imran dalam kereta kat tempat driver. Kendian abah nak pi kat boot nak amik barang. Pintu kereta tertutup sendiri la pulak. Imran pun ter-lock lah dalam tu! Argh! Panik sangat!

Mama, abah dan atuk puas mengetuk2 pintu nak suruh Imran tekan-tekan button tingkap atau unlock tu. Tapi budak umur setahun lebih, apa laa yang dia paham kan. Lagi kita ketuk, lagi dia sengih-sengih sambil main steering. Abah dah panik gila. Call Nek Ton kat Jalan Klang Lama untuk ambil kunci. Mak Wan suruh call bomba. Mama kata kat abah, pergi ajelah rumah Nek Ton ambil kunci spare.

Sementara abah pi rumah Nek Ton, atuk call bomba. Imran kat dalam kereta dah start menangis. Ya Allah risaunya mama masa tu. Nasib baik enjin kereta dah start, air-cond pun dah bukak. Kalaulah tak start enjin, mau kepanasan Imran dalam tu.

Atuk cakap dengan bomba tapi bagi salah info, so mama minta atuk pas hp kat mama. Tengah mama bagi alamat kat bomba, tetiba atuk kata, "dah bukak dah! dah bukak dah!" Mama terus pi kat kereta. Bagitau bomba kenselkan report,terus pi kat Imran, dukung dan peluk Imran. Lega!!!

Rupa-rupanya Imran gatal-gatal tangan main remote alarm kereta tu. Tekan-tekan, dia tertekan unlock kat remote tu. Nasib baik! Syukur sangat-sangat. Dalam pada tangannya yang susah sangat nak duduk diam tu, ada jugak bagusnya bila dalam situasi macam ni.

Mama call abah suruh patah balik. Call Nek Ton bagitau yang abah tak jadi datang. Bila abah sampai, terus bersiap ke Sg Buloh.

Dalam kereta kami berbincang tentang betapa bernasib baik kami hari tu. Bayangkan kalau abah letak Imran dalam car seat? Ataupun enjin tak start lagi? Ataupun instead of Imran, abah letak Irma dalam kereta? Syukur sangat-sangat. Lepas ni, harus berhati-hati bila gunakan kereta atuk ni. Mak Wan pesan, lepas ni, letak anak-anak paling last sekali.

Kata Mak Wan, dia dah panik sangat-sangat masa Imran terperangkap tu. Takut-takut Imran main handbrake ke, atau main gear ke. Kalau kereta tu terlepas ke belakang atau ke depan macamana? Huhu. Tak dapat bayangkan.

Sampai kat Sg Buloh, first stop kami ialah tempat feveret Mak Wan. Orkid. Mak Wan sangat suka bela orkid. Kat Seremban tu pokok-pokok orkid semua menjadi. Berbunga semuanya.

Mama pun teruja sama bila sampai kat tempat orkid. Abah pun. Last-last abah beli 4 anak pokok orkid dan satu pokok orkid yang dah berbunga. Habis RM65. Sebenarnya mama cadang nak beli pokok-pokok lain. Pokok pinang batang merah tu ke, pokok ala-ala lidah buaya ke. Tapi dah beli orkid, bajet untuk hari tu pun dah habis. Wakaka. Bulan depan nak pergi lagilah.

Mak Wan pun beli orkid lagi. Siap ajar mama dan abah cara bela orkid. Orkid ni manja. Nak kena belai selalu. Mampukah mama bela ni? Huhu. Kata penjual bunga tu, orkid yang abah pilih ni kena tunggu 6 bulan baru berbunga. Boleh ke abah bertahan tunggu sampai 6 bulan? We'll just wait and see sajork... hahaha.

Itulah dia entri mama untuk 4 hari. Sungguh panjang. Ampun maaf dipinta kalo boring. Huhu.

2 comments:

sayangibu said...

wahahhaa...skali harung 4 hari trus entri ye zeti..hehehhee
adoii..cuaknya bile baca kes imran dlm kete tu...bahaya gak ye

Unknown said...

sayangibu: ini namanya qada' entri. hehehe. memang cuak gila masa imran terperangkap tu. dah menggigil dah badan mamanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!