Thursday, January 29

Angelina Jolie?

Semalam Imran jatuh kat dalam bilik air gara-gara takmo dengar kata Aunty yang tengah mandikan dia. Sudahnya sekarang anak jantan ku itu kini memiliki bibir persis Angelina Jolie. Hahaha. Kesian memang kesian tapi tu laa... takmo dengar cakap orang. Kan dah bengkak bibir tu. Nasib baik tak meragam.

As for Irma sekarang ni dah ada habit baru pulak dah. Lepas nenen dalam 2-3 minit, dia cabut, pastu bangun, merangkak-rangkak cari bantal. Pastu lentok kepala atas bantal. Apakah motif? Konon2 nak tido la tu konon tapi tak tidur pun. Golek sana golek sini, pastu mintak nenen lagi. 2-3 minit, buat semula benda yang sama. Adeh. Penat mama nak oii. Pastu nak tido punyalah payah. Dodoikan banyak kali takmo. Last-last tido sendiri aje. Itupun lepas berlaku banyaknya adegan nenen-buat2 baring tu. Huhu. Apa-apa lah Irma. Asalkan tido lena-lena.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!